Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 12 Mei 2011

'Pandi Kutty': Saya malu dengan Anwar - Nalla

TINDAKAN Anwar Ibrahim yang dikatakan memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘pandi kutty’ bukan hanya menghina Perdana Menteri, bahkan turut melibatkan maruah ayahandanya yang cukup berjasa kepada negara.

Bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, beliau selaku penganut agama Hindu dan berketurunan India juga cukup malu dengan perbuatan ketua pembangkang itu yang sentiasa menampilkan imej seorang Islam yang warak.

Katanya, tindak tanduk terbaharu Anwar itu menambah satu lagi koleksi petunjuk kepada keperibadian sebenarnya selepas terpalit dengan isu rakaman video seks yang mirip wajahnya dan pertuduhan liwat.

Anwar bagaimanapun menafikan gelaran itu beliau tujukan kepada Perdana Menteri tetapi adalah untuk menggambarkan mengenai tindakan UMNO sebagai sebuah parti.

"Sesiapapun boleh main wayang tetapi perkataan yang terkeluar secara spontan itu biasanya cerminan keperibadian sebenar dan dengan saya, Anwar jangan nak main wayang pula.

"Saya (orang) India, penganut Hindu pun malu nak menggunakan perkataan itu, sepatutnya orang Islam pun begitulah terutama yang boleh menjadi imam, membaca khutbah, memberi tazkirah dan berucap sambil menyelitkan ayat al-Quran macam Anwar.

"Tetapi bekas sahabat saya ini lain pula, nampak macam alim tetapi perkataannya tidak 'alim', yang dihina pula bukan sahaja Najib bahkan Tun Razak yang cukup berjasa, malah Anwar sendiri pun termakan jasanya itu," katanya yang menghubungi Utusan Malaysia di Kuching, Rabu.

Anwar dalam satu ceramah kepada masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Dalam perkembangan berkaitan, Nallakarupan menyelar Anwar sebagai tidak wajar untuk memberi label sebegitu hina kepada Perdana Menteri sewaktu keperibadian beliau sendiri diragui masyarakat.

Katanya, perkataan hina itu lebih layak ditujukan kepada seseorang yang pengecut, bermuka-muka dan perosak keharmonian negara berbanding kepada seorang tokoh yang banyak berjasa.

"Jadi sekarang siapa pandi kutty? Dalam keributan politik negara, saya yakin rakyat boleh membuat tekaan yang tepat," katanya sinis.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Pada bahagian akhir berita ini Nallakaruppan bertanya: “Jadi sekarang siapa pandi kutty?”.

Sebelum itu beliau menyatakan bahawa sikap bekas sahabatnya sangat bertentangan dengan karektor yang ditonjolkan sebagai seorang yang alim, menjadi imam solat, memberi tazkirah dan warak. Tapi apabila terdesak dan tertekan dengan isu peribadi yang tidak mampu ditepisnya dengan bukti – sekadar mengatakan “rupa macam saya tapi itu bukan saya”, Anwar sanggup mengeluarkan kata-kata penghinaan seperti itu.

Cumanya, bekas sahabat karib yang sering jadi pemandu Anwar untuk berfoya-foya melepaskan nafsunya dahulu itu tidak mengeluarkan kata-kata bahawa yang sepatutnya dilabel sebagai pandi kutty ialah Anwar Ibrahim sendiri.

Walaupun yang berkata begitu ialah Nallakarupan – bekas sahabat Anwar, tetapi bila Anwar mengulas mengenainya nanti sudah tentu dia berkata “itu semua kerja orang Umno, perbuatan DS Najib”, sedangkan Nalla bukannya ahli Umno atau pemimpin parti komponen Barisan Nasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog