Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata cerita karut-marut yang akan dipertontonkan dan didendangkan selepas ini tidak lain hanya dengan tujuan untuk menaglih tumpuan agar rakyat simpati dengan beliau.
Menurut beliau pengalaman berada bersama Anwar sebelum ini memberi kelebihan terhadapnya untuk berkongsi dengan rakyat karakter Ketua Umum PKR itu yang akan menggunakan apa jua yang boleh menyelamatkan karier politiknya.
“Lagipun bukankah tarikh 16 Mei ini merupakan keputusan Mahkamah dalam perbicaraan dakwaan yang membabitkan kes liwat. Tarikh berkenaan cukup penting bagi dirinya dan kerana itu Anwar guna strategi awal untuk tagih belas ihsan umum.
“Tidak pelik dan tidak mustahil…Saya dah cukup masak perangai dan tingkah laku Anwar. Dia tidak boleh bohongi saya. Selepas ini beliau akan timbulkan pula cerita menerima ugutan tembak, terima peluru hidup dan sebagainya. Itu tidak mustahil bagi saya,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau seterusnya menambah, Anwar makin hari makin celaru dan keadaan itu menyebabkan emosinya mungkin sedikit terganggu dan sebab itulah pelbagai ungkapan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut pemimpin sudah mula menjadi kebiasaan bagi Ketua Pembangkang berkenaan.
“Kecaman dan cercaan terhadap pihak tertentu khususnya kepimpinan kerajaan nampaknya sudah menjadi kelaziman dan terbaru gelaran ‘pandikutti’ atau anak babi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyerlahkan bagaimana keadaan dirinya yang cukup tertekan hingga beliau tidak lagi mampu mengawal emosinya.
“Orang yang tertekan ini sudah pasti tidak lagi mampu mengawal keadaan dirinya. Saya bukan nak tuduh dia macam-macam tetapi sejak kebelakangan ini, beliau memang cukup merapu. Masih ingatkah lagi bagaimana peristiwa beliau melarikan diri ke kedutaan Turki kononnya ada ancaman bunuh. Namun hingga ke hari ini, sehelai bulu roma beliau pun tidak gugur.
“Apa yang menghairankan beliau bebas ke mana sahaja termasuk memberikan ceramah dan tidak pula beliau khuatir tentang perkara berkenaan. Itulah bukti bagaimana pihak keselamatan menjaga keamanan di negara ini. Apa pun kita tunggu drama apa pula yang akan digubah oleh Anwar selepas ini,” katanya.
-MediaUMNO
SATU MELAYU:
Inilah adalah antara komen mengkritik dan menghentam Anwar Ibrahim oleh bekas orang kuat Anwar Ibrahim.
Orang seperti inilah yang sering mengutuk dan mengecam bekas boss atau bekas sahabatnya - Anwar, tapi apa yang mereka katakan tidak pernah disanggah oleh Anwar sendiri. Yang Anwar kecam dan marah sangat ialah DS Najib selaku Perdana Menteri.
Orang seperti inilah yang sering mengutuk dan mengecam bekas boss atau bekas sahabatnya - Anwar, tapi apa yang mereka katakan tidak pernah disanggah oleh Anwar sendiri. Yang Anwar kecam dan marah sangat ialah DS Najib selaku Perdana Menteri.
Pelik, yang mengutuk dan mendedahkan perangai buruknya tidak di marah atau dinafi tetapi orang lain pulak yang dibabitkannya sebagai berkonspirasi terhadapnya. Sasarannya ialah Umno dan Perdana Menteri.
Peliknya, apa yang Anwar dakwa itu ada juga manusia yang menerima dan menyokongnya.
Sakit otak Anwar Ibrahim nampaknya dah semakin parah. Tak ada yang mampu menyembuhkannya selain dimasukkan ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan