Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 10 Mei 2011

PANDI KUTTY: Anwar kian panik.... Dia akan lari ke luar negara setelah timbulkan huru-hara....

Wajah laeh Anwar dalam gambar ini jelas membuktikan betapa dia kini sangat tertekan dan berada dalam keadaan susah hai yang amat sangat.... Innalillah.....
SIKAP sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim yang selama ini berselindung di sebalik topeng agama semakin terserlah apabila sanggup menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran yang tidak sepatutnya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Anwar panik kerana rakyat sudah bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.

Anuar Shaari
“Justeru, Anwar melancarkan pelbagai serangan yang boleh merendahkan keperibadian Perdana Menteri khususnya kepada penyokong tegarnya walaupun ia bertentangan dengan agama serta tatasusila peradaban manusia.

“Ia adalah usaha terancang dan berterusan Anwar demi melampiaskan nafsu politiknya, meskipun nyata beliau kini semakin kehilangan sokongan termasuk daripada pembangkang sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia pada Isnin.

Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu ‘pandi kutty’ yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor pula mencadangkan kerajaan agar mengambil tindakan tegas ke atas Anwar kerana ketua pembangkang itu sengaja mewujudkan suasana tegang.

Senator Ezam Mohd Nor
“Anwar kini semakin terdesak, beliau bukan sahaja akan cakap kotor malah akan main kotor. Kerajaan perlu segera tangkap Anwar dan rampas pasportnya kerana saya dapat maklumat daripada sumber terdekat beliau merancang untuk cabut lari selepas menimbulkan huru-hara,” katanya.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pula mengesyaki Anwar mengalami sindrom prahaid (PMS), kesan daripada kes liwat dan isu video seks yang sedang dihadapinya.

“Jadi, amat menyedihkan jikalau pihak pembangkang dalam sistem demokrasi negara masih berpaut kepada orang yang diserang PMS,” katanya.

Mengulas perkara sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Anwar merupakan seorang pemimpin yang sudah hilang martabat dan maruah diri jika benar beliau menggelar Perdana Menteri sebagai anak babi.

Datuk Ibrahim Ali
“Anwar kini dihantui dengan pelbagai masalah peribadi dan cuba menutup kelemahan diri dengan menyerang orang lain. Ternyata nilai Islam dan budaya Melayu dipijak sebegitu rupa. Jadi, pemimpin sebegini tidak ada nilai satu sen pun,” katanya.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula berkata, Anwar ternyata ketandusan isu apabila sanggup menyerang Perdana Menteri dengan gelaran itu.

“Beliau (Anwar) telah meletakkan dirinya sebagai pemimpin politik murahan dengan memaki-hamun orang lain terutama kaum sendiri di hadapan kaum lain,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar boleh memanggil Najib sebagai ‘pandi kutti’ tetapi hakikatnya rakyat tahu Perdana Menteri tiada sifat sebegitu.

“Yang ada sifat sebegitu adalah orang yang suka menuduh orang lain,” katanya.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, kenyataan kesat itu jelas membuktikan betapa rendahnya nilai moral Anwar.
“Orang yang sanggup mempolitikkan agama dan nama Tuhan sendiri akan sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya,” kata beliau.
- Utusan

SATU MELAYU:
‘Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’.

Siapa yang tahu sejarah hidup Anwar Ibrahim dan keluarganya, sepatutnya dialah yang wajar digelar ‘anak babi’. Bagaimanapun, orang Melayu sejati berbudi bahasa dan berbudaya mulia. Kalau nak memalukan atau marahkan seseorang tidaklah sampai keturunan atau kesilapan ibu bapanya diungkit dan diaibkan.

Semua yang tercetus dari peribadi Anwar kini mungkin suatu kebenaran mengenai dirinya yang dirujukkan Allah SWT atas permohonan orang Pas yang selalu bersolat hajat meminta Allah tunjukkan kebenaran.

Sejarah politik negara memang tidak pernah sunyi daripada tentangan puak pembangkang.

Bagaimanapun, sejarah tidak pernah menemukan negara dengan seorang pembangkang seperti Anwar Ibrahim yang sangat buruk budi bahasanya, sangat tercemar moralnya, dan sangat biadap terhadap agama, bangsa dan negaranya.

Kalau manusia jenis ini hidup di zaman Rasulullah, soheh Anwar Ibrahim ini akan dipancung kepalanya....

Apapun kita sama-sama tunggu apa kata Nik Aziz mengenai ungkapan orang kesayangannya itu. Mungkinkah Pok Nik akan kata boleh dan itulah yang sepatutnya dilakukan atau bagaimana sekarang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog