Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 9 Mei 2011

Kelantan Catat Jumlah Tertinggi Permohonan Dan Terima Rumah Mesra Rakyat - SPNB

Datuk Idris Haron
SEBANYAK 2,363 unit kediaman Program Rumah Mesra Rakyat telah diserahkan kepada pemohon di Kelantan, yang merupakan jumlah tertinggi di negara ini, menurut Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron berkata jumlah pemohon di Kelantan untuk mendapatkan rumah tersebut adalah tertinggi setakat 31 Mac lepas iaitu 6,017 permohonan.

Daripada jumlah tersebut, katanya sebanyak 2,363 unit rumah telah pun siap dan diserahkan kunci kepada pemiliknya yang membabitkan kos sebanyak RM154 juta.

"Ini membuktikan ketelusan SPNB dalam meluluskan rumah melalui program ini tanpa mengira status politik asalkan mereka menepati syarat yang ditentukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Inden Kerja Kontraktor Program Rumah Mesra Rakyat Negeri Kelantan di Kota Baharu, Isnin.

Majlis penyerahan itu disempurnakan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar sebagai mewakili Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Idris berkata Terengganu menduduki tangga kedua tertinggi selepas Kelantan iaitu sebanyak 5,505 permohonan dengan 2,028 pemohon telah mendapat rumah berkenaan.

Beliau berkata sehingga 31 Mac itu juga, SPNB telah pun meluluskan sebanyak 18,249 rumah berkenaan di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion.

"Daripada jumlah itu SPNB telah pun menyerahkan 15,200 unit rumah dengan nilaian projek sebanyak RM883 juta," katanya.

Beliau mengingatkan pemilik rumah berkenaan tidak menyewakan rumah tersebut kepada pihak lain bagi mengelak tindakan diambil oleh SPNB pada masa depan.

Katanya nama mereka dan seluruh anggota keluarga akan disenaraihitamkan daripada menerima rumah yang sama pada masa depan jika SPNB mendapati terdapatnya unsur penyalahgunaan.

Beliau juga berkata ada antara pemilik rumah itu menjadikan rumah berkenaan sebagai "inap desa" dan ia jelas menyalahi peraturan yang ditetapkan SPNB.

Idris juga berkata sebanyak 11,000 unit rumah mampu milik berharga bawah RM220,000 telah sedia untuk dijual kepada pembeli di seluruh negara melalui Skim Rumah Pertamaku melalui syarikat itu.

Beliau berkata SPNB telah menerima banyak pertanyaan mengenai rumah berkenaan dan yakin ia mampu menjadi pilihan pembeli di seluruh negara berdasarkan tempat yang strategik dengan harga yang kompetitif.
- Bernama

SATU MELAYU:
Rakyat di dahulukan....
Dalam ramai-ramai yang dapat tu ada ke tidak penyokong Pas atau pembangkang. Bukan orang BN!
Kalau ada baguslah. Takut nanti ada yang kata pulak semua itu untuk orang BN jerrrr....
Kata orang, kalau tak berterima kasih kepada manusia, samalah seperti tidak bersyukur kepada Tuhan....
Wallahhualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog