Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 7 April 2011

ISU VIDEO SEKS: Pembangkang Ketepi Prinsip Apabila Tidak Memihak Mereka - PM

DATUK Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin parti-parti pembangkang sanggup mengetepikan soal prinsip jika sesuatu perkara yang timbul tidak menguntungkan mereka.

Sebaliknya kata Perdana Menteri, pembangkang akan mengambil kesempatan kepada isu yang menguntungkan mereka sahaja.

Perdana Menteri berkata ia jelas tergambar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung kontroversi video seks yang didakwa melibatkan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan mereka tengok keadaan. Mereka rasa kalau ada sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan soal prinsip," katanya kepada wartawan pada satu majlis di SMK Santubong dekat sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang menolak cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks tersebut yang terbongkar bulan lepas.

Najib berkata kebiasaannya pembangkang akan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan tetapi dalam kes ini mereka membisu.

"Ini yang ramai orang rasa pelik dan aneh sebab sebarangan isu, merekalah yang pertama akan mendesak suruhanjaya diraja ditubuhkan.

"Yang pelik bila isu ini bangkit, mereka membisu, malah mereka menolak untuk menubuhkan suruhanjaya diraja," kata Najib.
- Bernama

SATU MELAYU:
Memanglah puak pembangkang tidak ada prinsip dalam apa jua yang parti mereka perjuangkan. Rakyat dan sebahagian pemimpin puak berkenaan dah lama sedar. Sebab itu ramai yang tinggalkan parti kerana mahu bebas daripada sifat-sifat orang munafik.

Tanda-tanda orang munafik ialah bila berjanji dia mungkir, bila berkata dia bohong dan bila diamanahkan dia tidak jujur. Itulah sifat utama pemimpin besar DAP, PKR dan PAS.

Cuma orang-orang bangang dan terncat akal sahaja menyokong mereka kerana hotak mereka telah dikembiri oleh syaitan berwajah manusia.

1 ulasan:

antijumud berkata...

pembangkang memang dasar penakut dan yang hairannya pas masih sanggup menjadi barwa kepada pkr dan dap sampai hari ni. cuba renung sejenak dan ambil pendirian sendiri tanpa dikuasai oleh mana mana parti pakatan..antijumud

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog