Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 5 April 2011

ISU VIDEO SEKS: Penyiaran video di YouTube langkah awal ke arah kebenaran


RAKAMAN video aksi seks yang didakwa melibatkan pemimpin parti pembangkang yang dimuat naik ke laman YouTube pada Isnin, disifatkan sebagai langkah awal dalam usaha mencari kebenaran berhubung kes itu.

Ketika mengulas pendedahan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, ia juga bakal menjawab banyak persoalan di sebalik isu video seks itu terutama identiti individu di dalam rakaman tersebut.

"Rakyat kini boleh menilai sendiri siapa individu yang terlibat dan sekiranya benar seperti apa yang disebut-sebut sebelum ini, maka ia merupakan satu malapetaka besar kepada politik negara, orang Melayu dan umat Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur - Isnin.

Hamidzun Khairuddin
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada rakaman video selama 1 minit 47 saat yang dimuat naik ke YouTube hari ini yang dipercayai sebahagian daripada rakaman video aksi seks yang didedahkan kepada sekumpulan media 21 Februari lalu.

Rakaman itu memperlihatkan dengan jelas tiga individu iaitu dua lelaki dan seorang wanita dipercayai pelacur dari China dengan seorang daripada lelaki itu hanya memakai tuala.

Hamidzun menambah, pendedahan rakaman video di YouTube itu juga diharapkan dapat disusuli dengan tayangan penuh rakaman video aksi seks itu kepada seluruh wakil rakyat di Parlimen seperti yang diminta GAPS.

Ini kerana katanya, rakaman video di YouTube itu tidak memadai untuk membuktikan kebenaran, tambahan pula individu yang didakwa terbabit dalam rakaman video seks tersebut juga merupakan seorang ahli Parlimen.

"Kita tidak mahu rakaman video yang pendek ini semakin menimbulkan keraguan di kalangan orang ramai dan perlu dipertontonkan keseluruhannya supaya seluruh rakyat jelas mengenainya," kata beliau.

Dalam perkembangan sama kata Hamidzun, GAPS akan menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar melalui Ketua Polis Shah Alam, Selangor berhubung tiga perkara berkaitan video itu.

Selain menuntut supaya rakaman video aksi seks itu ditayangkan di Parlimen, memorandum itu juga mahukan supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

"Kita juga mahukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggotai suruhanjaya itu," kata beliau.
- Utusan

SATU MELAYU:
Kemarahan rakyat terhadap pihak yang beriya-iya menafikan pemimpin mereka terlibat dengan pelbagai alasan remeh dan bodoh, menimbulkan satu pertembungan emosi yang meluap-luap dikalangan rakyat yang perihatin.

Kalau ikutkan pandangan dan kehendak rakyat yang marah dan benci dengan pembelaan bangang puak-puak penyokong tegar Anwar Ibrahim, pendedahan yang keterlaluan memungkinkan maruah pihak berkuasa akan terjejas kerananya.

Ketika itu ajaran Islam sebenar akan diguna sebagai jalan mudah menuduh pihak kerajaan tidak Islamik. Maka akan berkokolah puak-puak yang belajar agama melalui ceramah Pas menuduh pihak berkuasa dengan membabitkan para pemimpin utama negara sebagai jahil, kafir dan macam-macam lagi gelaran sesuka hati mereka melepaskan geram.

Diharapkan pihak berkuasa dapat mententeramkan keadaan dengan cara yang bijaksana tetapi mencapai matlamat mendedahkan kedudukan sebenar mengenai perangai buruk pelaku yang dimaksudkan kepada pengetahuan rakyat tanpa ragu.

Jangan ikutkan sangat kemarahan dan emosi rakyat, sama ada di pihak penyokong tegar Anwar-PKR, mahupun di pihak yang membenci mereka.

Malu kita sebagai umat Melayu/Islam yang bermaruah. Kaum lain, sama ada yang menyokong atau menentang, mendiamkan diri sambil memerhati sejauh mana orang Melayu/Islam di negara bernama Malaysia ini akan beramok sesama sendiri kerana isu-isu sebegini.

Bagaikan buaya yang menunggu mangsa, mereka mendiamkan diri dan menanti masa untuk bertindak membaham umat Melayu/Islam yang berpecah-belah kerana seorang insan munafik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog