Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 4 April 2011

Mahathir Gembira Buku Memoirnya Dapat Sambutan Menggalakkan


BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan rasa gembira dengan sambutan yang amat menggalakkan yang diterima oleh buku memoirnya yang bertajuk 'A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad', di mana 25,000 naskah sudahpun terjual dalam minggu pertama pelancarannya.

"Saya tidak sangka orang ramai suka membaca buku itu, kerana paparan saya dalam buku itu agak 'kasar' dalam banyak perkara," katanya semasa berucap pada majlis 'A Night of Celebration of A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad', di Kuala Lumpur, Ahad malam.

Beliau juga mendedahkan bahawa banyak perkara tidak dimuatkan dalam memoir itu kerana beliau merasakan ia tidak sesuai untuk diperkatakan atas sebab-sebab peribadi.

"Saya tidak tahu sekiranya ada antara mereka yang gembira apabila nama mereka dimuatkan dalam memoir itu, tapi saya pasti jika saya perkatakan sesuatu yang kasar, mereka tidak akan suka mendengarnya," katanya.

Bagaimanapun katanya beliau gembira mendapat tahu yang buku itu laris di pasaran.

Sementara itu syarikat penerbit buku itu, MPH Group Publishing, merancang untuk menterjemah memoir tersebut ke dalam versi Bahasa Malaysia dan Mandarin untuk mencapai sasaran pembaca yang lebih luas.

Pengurus Besarnya Ivy Tan berkata versi Mandarin akan mula dijual pada bulan Ogos manakala versi Bahasa Malaysia dijangka hujung tahun.

Beliau berkata kira-kira 40,000 naskah sudah terjual sejak ia mula dilancarkan pada 8 Mac lepas sehingga kini.
- Bernama

SATU MELAYU:
Kalau tak silap SM, cetakan dalam Bahasa Malaysia akan dijual pada Jun sebagaimana diumum ketika buku itu dilancarkan baru-baru ini. Tapi kenapa sekarang pihak penerbit menyatakan versi Bahasa Melayu hanya akan diterbitkan pada hujung tahun?

Agaknya, pada pendapat penerbit, kuasa beli orang yang hanya tahu berbahasa Melayu rendah kot? Sebab itu setelah versi bahasa Inggeris, versi bahasa Cina akan diterbitkan Ogos ini.

Kesian dengan orang Melayu, dalam apa bidang pun akan ketinggalan atau terkebelakang, lebih-lebih lagi apabila dinilai dari segi komersial. Atau adakah kerana nilai komersial dalam bahasa Melayu tidak berapa menggalakkan?

Maklumlah! Orang Melayu ni kurang suka membaca dan tidak akan berbelanja untuk membeli buku?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog