Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 3 April 2011

Usaha Kerajaan Tangani Rasuah Disambut Baik Komuniti Perniagaan

USAHA kerajaan membanteras rasuah yang diletak di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kini semakin diyakini rakyat, terutama komuniti perniagaan.

Mereka melihat inisiatiaf Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Program Transformasi Kerajaan ini sebagai komitmen teguh kerajaan untuk menjadikan Malaysia bebas rasuah dalam usaha menjadi negara maju menjelang 2020.

Hasil pelbagai program menangani rasuah yang dilaksana sejak April 2009 ditunjukkan laporan Barometer Rasuah Global 2010 yang mana 48 peratus rakyat Malaysia percaya usaha itu berkesan, berbanding hanya 28 peratus pada 2009.

Perkara serupa dinyatakan Presiden Top Glove Corporation Tan Sri Lim Wee Chai yang melihat inisiatif seperti membangkitkan kesedaran rakyat mengenai risiko aktiviti rasuah serta ketelusan pemberian kontrak suatu yang berkesan.

Lim menerusi artikel "The Corporate Perception" yang diterbitkan dalam keluaran khas NKRA International Business Review, berkata ketegasan kerajaan menguatkuasakan undang-undang berkaitan rasuah mesti berterusan jika mahu memastikan Malaysia bebas gejala itu.

Katanya badan penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga harus bertindak lebih pantas, selain pihak yang bersalah pula mesti diadili secepat mungkin.

Saranan itu dijangka direalisasikan menerusi penubuhan 14 Mahkamah Sesyen Rasuah Khas dan empat Mahkamah Tinggi Rasuah Khas tahun ini, yang mana proses mengadili kes rasuah disasar diselesaikan dalam tempoh setahun.

Langkah memperkenalkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat pula dijangka dapat menarik lebih banyak pihak tampil mengemukakan laporan salah laku rasuah memandangkan identiti mereka kini dilindungi undang-undang.

Sementara itu, Fairfax Group yang telah menjalankan perniagaan di sini sejak 30 tahun lepas, berkata usaha membebaskan negara daripada rasuah memerlukan peranan aktif sektor swasta dan orang ramai.

"Saya telah mengikuti perkembangan di negara ini sejak sekian lama, saya tahu masyarakat di sini bangga menjadi rakyat Malaysia dan mereka mahu menjaga nama baik negara ini serta mahukan sebuah negara yang jujur," kata presidennya Michael Herman, kepada Bernama.

Beliau juga menyifatkan negara ini sekarang berada di landasan yang betul menerusi pelbagai usaha yang dilaksana kerajaan.

Bagi seorang kontraktor bumiputera, Mohd Hisham Hamid, usaha memerangi rasuah kini merupakan usaha kerajaan yang berterusan dan bukan lagi isu "tenggelam-timbul".

"Perdana Menteri terbukti seorang yang konsisten dengan apa yang dirancang, semua ucapan dan janji beliau bukan satu omong-omong kosong, usaha yang dilakukan memberi manfaat dan amat membantu rakyat, lebih lagi kontraktor macm saya" kata kontraktor Kelas F itu.

Melalui laman Sesawang MyProcurement yang diperkenalkan kerajaan, lebih 3,500 kontrak kerajaan dan tender diiklankan dan diberikan tarikh serta nilai kontrak selain juga pemenang tender, katanya.

Hisham juga berkata melalui pelbagai sistem yang lebih tersusun, ia dapat melahirkan lebih banyak syarikat yang dapat mewujudkan suasana perniagaan yang menolak rasuah serta memupuk nilai ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus yang baik.

Dalam pada itu, kerajaan turut memperkenalkan pangkalan data dalam talian MACC "Namakan-dan-Malukan" yang mengandungi nama, gambar, nombor kad pengenalan, serta butiran kes pesalah yang telah disabitkan dengan salah laku rasuah yang mana 284 pesalah telah disenaraikan setakat ini.

Selain rasuah, kerajaan mengariskan lima NKRA lain iaitu mengurangkan kadar jenayah negara, memperbaiki pencapaian pelajar, memperbaiki taraf kehidupan isi rumah, memperkasakan prasarana asas luar bandar dan memperbaiki pengangkutan awam bandar.
- Bernama

SATU MELAYU:
Kepada SM rasuah adalah salah satu musuh utama negara yang memerlukan perhatian serius dan tindakan tegas. Tiga musush utama negara masa kini ialah 1. Anwar bin Ibrahim 2. Dadah 3. Rasuah. Bagaimanapun, rasuah dan dadah saling berkaitan antara satu sama lain.

Maksudnya, kerana pengedaran dadah, kes rasuah boleh terjadi. Rakyat tahu dan faham bagaimana ianya boleh berlaku.

Justeru, sokongan dan kerjasama rakyat dalam membanteras kegiatan pengedaran dadah dan rasuah sangat memberi kesan kepada kejayaan hasrat Perdana Menteri, DS Najib seperti yang digariskan dalam NKRA yang sedang diperkasakan dibawah kepimpinannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog