Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 6 April 2011

VIDEO SEKS: Kabinet Bincang Cadangan Tubuh Suruhanjaya Diraja Pada Jumaat


CADANGAN untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video seks melibatkan pelaku mirip Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan dikemukakan kepada Kabinet pada Jumaat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan penafian isteri Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail semalam yang suaminya itu adalah lelaki dalam video berkenaan.

"Apabila dia (Wan Azizah) keluar kenyataan, saya berpendirian perkara ini tidak boleh terhenti di situ sahaja kerana jika tidak dijawab oleh kerajaan dan tidak diadakan suruhanjaya diraja, kerajaan akan dituduh terlibat.

"Saya berpendapat untuk menyelesaikan masalah ini, dan seperti saya katakan, Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu, saya rasa adalah lebih adil jika kita wujudkan Suruhanjaya Diraja yang dianggotai oleh mereka yang bebas," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen, Rabu.

Nazri berkata bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu.

"Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja," katanya.

 Nazri berkata usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang menyeru agar sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu.

"Saya akan memperakukan dan akan sedaya upaya meyakinkan kabinet untuk menubuhkan suruhanjaya itu," katanya.

Semalam, Wan Azizah dalam satu sidang akhbar di kediamannya di sini, berkata Anwar bukan pelaku dalam klip video seks itu, selepas beliau dananggota keluarganya menonton klip video hitam putih selama 107 saat itu dalam YouTube.
- Bernama

SATU MELAYU:
Kepada Anwar dan konconya, apa jua yang akan dilakukan pihak kerajaan bagi mencari keadilan dalam kes ini, semuanya adalah konspirasi. Nafi.... nafi.... dan nafilah dengan pelbagai alasan. Nanti akan sama-sama rakyat ketahui siapa sebenarnya pelaku yang ‘perut buncit sedikit’ itu.

Yang pasti seruhanjaya itu nanti – jika ditubuhkan, akan menjadi sambungan kepada siri kisah seorang insan dalam sebuah drama bertajuk ‘Berani kerana benar, takut kerana salah’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog