Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 5 April 2011

Bekas Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mengaku Tidak Bersalah Atas Tiga Tuduhan Rasuah


BEKAS Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor Saifulruddin Sulaiman hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan bersetuju terima suapan.

Saifulruddin, 32, didakwa bersetuju menerima suapan berjumlah RM45,000 berhubung Majlis Sambutan 40 Tahun yayasan itu tahun lepas. Pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Dia didakwa secara rasuah menyetuju terima suapan wang tunai RM20,000 daripada Husni Hirzi Abd Rahim, pengurus Syarikat Drift Z Enterprise sebagai upah kerana membantu syarikat itu dipilih dan dilantik sebagai Pengurus Acara untuk Majlis Sambutan 40 Tahun Yayasan Selangor.

Saifulruddin didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di alamat No: 3, Jalan Platinum 7/43C, Seksyen 7 di sini, kira-kira pukul 8 malam 5 Okt tahun lepas.

Tertuduh juga didakwa secara rasuah menyetuju terima suapan wang tunai RM20,000 daripada Husni Hirzi sebagai upah kerana tidak menahan pembayaran kepada syarikat Drift Z Enterprise bagi majlis sambutan 40 tahun yayasan itu di tempat yang sama, kira-kira pukul 9 malam, 25 Okt tahun lepas.

Saifulruddin turut menghadapi satu lagi tuduhan menyetuju terima suapan wang tunai RM5,000 daripada Husni Hirzi supaya melepaskan bayaran tambahan program sebanyak RM93,982.40 kepada syarikat beliau.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Restoran The Skewers, Subang Avenue dekat sini, kira-kira pukul 9 malam pada 11 Nov tahun lepas.

Bagi ketiga-tiga tuduhan, Saifulruddin didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Kevin Morais mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhanan.

Peguam Sawmee Ullah Nawzumeah yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM7,000 atas alasan tertuduh yang mempunyai tiga orang anak termasuk sepasang kembar berusia tiga tahun, tidak bekerja sejak disiasat SPRM.

Mat Ghani kemudian membenarkan Saifulruddin dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 18 Julai ini.

Mahkamah juga menetapkan 9 Mei untuk pengurusan kes.

Yayasan Selangor sebelum ini disiasat selepas dikatakan membelanjakan RM300,000 untuk majlis makan malam ulang tahun ke-40nya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Apakah ini satu konspirasi kerajaan pusat terhadap kerajaan PKR Selangor?
Apakah kalau tidak cukup bukti, SPRM boleh bawa kes ke mahkamah dan mengemukakan tuduhan sebagaimana dinyatakan?

Mari kita sama-sama tunggu apa pulak songeh juak-juak PKR mengenai kes dakwaan ini. Apa daleh mereka dalam menegakkan ‘benang basah’ atas kekorapan pemimpin PKR yang diharapkan oleh rakyat Selangor membawa perubahan melalui PRU 2008 lalu.

Nasi dah jadi bubur. Selangor dan hancur kerana PKR diberikan kuasa mentadbir negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog