Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 6 April 2011

MENGGEMPARKAN: Pegawai Kastam Ditemui Maut Dipercayai Terjatuh di Bangunan SPRM

SEORANG pegawai Kastam Diraja Malaysia yang sedang disiasat berkaitan dakwaan lari dari cukai bernilai berbilion ringgit yang dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu, maut pada pagi Rabu selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

Dipercayai pegawai terbabit kembali ke pejabat SPRM tersebut untuk menemui pegawai penyiasat bagi kesnya.

Pegawai penyiasat terbabit memintanya menunggu sebelum beredar untuk mengambil fail kes berkenaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, pegawai penyiasat berkenaan meminta pegawai kastam berkenaan tunggu sebentar sementara dia mengambil fail kes.

"Apabila dia kembali, beliau dapati pegawai kastam itu hilang," tambahnya.

SPRM dijangka mengadakan sidang akhbar petang ini - Rabu.
- mStarOnline 

SATU MELAYU:
MasyaAllahhhhhh! Apakah kes ini juga sama seperti kes Teoh Beng Hock?

2 ulasan:

antijumud berkata...

Aku memang tabik dengan sprm ni sebab macam ada aura lain sejak bertukar nama. Lagipun banyak kes yang berprofil tinggi sedang berjalan dan ini semua tanda komitmen sepenuhnya daripada SPRM dalam usaha membanteras pengkhianat negara..Tak malu dan tak fikir soal dosa pahala, bagi anak bini makan hasil duit haram.. kesian. apapun takziah kepada pegawai kastam dan seluruh keluarganya.

samadlelong berkata...

KALAU ORANG CINA ATAU INDIA TENTU DAH DIJALANKAN SIASATAN SERUHANJAYA DIRAJA

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog