Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 5 April 2011

KES VIDEO SEKS: Pembangkang Akan Tolak Usul Tubuh Suruhanjaya - Karpal


ALKISAH, isu video seks yang disyaki membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memasuki fasa baru setelah ianya dimuatnaik melalui youtube pada Isnin.

Isu yang jadi kes kerana Anwar membuat laporan polis itu semakin hangat diperkatakan dan suara-suara meminta supaya sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semakin galak diperkatakan di mana sahaja.

Semalam (Isnin), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata, Barisan Nasional akan membawa usul penubuhan suruhanjaya itu ke Parlimen.

Bagaimanapun, hari ini (Selasa) pakatan pembangkang memaklumkan akan menolak sekiranya usul menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang dibentangkan di Parlimen.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata isu berkenaan tidak memerlukan kepada penubuhan suruhajaya kerana kes itu telah dilaporkan kepada polis.

"Suruhanjaya siasatan diraja lazimnya ditubuhkan bagi menyiasat perkara-perkara besar seperti rakaman video Lingam yang membabitkan pegawai tinggi," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.

Jelaslah bahawa Karpal terpaksa bersuara membela Anwar Ibrahim setelah Anwar Ibrahim serta Wan Azizah sendiri tidak tahu nak jawab selain daripada berkata ‘Itu bukan saya’ dan ‘Itu bukan Anwar’. Dan cerita ‘perut buncit sedikit’ dan sebagainya tak berapa menjadi.

Berdasarkan siasatan suruhanjaya sepertimana kes kematian Teoh Beng Hock yang masih berjalan sekarang, jelas kepada umum bahawa siasatan suruhanjaya bukan calang-calang selidik. Barisan hakim dan pakar yang ramai menjadikan segalanya dikorek sedalam-dalamnya untuk mencari kebenaran dan kepastian.

Justeru, sudah tentu ianya amat menggerunkan Anwar Ibrahim jika kes video seks yang dikaitkan dengan dirinya itu terpaksa menjalani proses siasatan sebuah Suruhanjaya Diraja. Wan Azizah juga tentulah berasa ngeri dan takut yang amat sangat.

Sebagai tuan badan yang mungkin benar-benar tahu duduk perkara sebenar mengenai kandungan video itu, sudah tentu Ketua Pembangkang yang tersohor pintar mengelentong itu memahami apa akan terjadi jika isu video seks itu disiasat oleh sebuah suruhanjaya.

Sebelum ianya dicadangkan di Parlimen, siang-siang Karpal Singh selaku benteng terakhir Anwar memberitahu bahawa pakatan pembangkang akan menolak usul itu jika dibentangkan di parlimen nanti.

Mungkin selepas kenyataan Karpal itu, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang juga akan menyusul dengan kenyataan yang sama demi membela nasib ‘Perdana Menteri pilihan mereka’ daripada teruk tercemar kerana akan terdedahnya pelbagai kisah dan perlakuan yang selama ini tidak diketahui umum, malah tidak dipercayai pun oleh penyokong tegar yang telah lama dikembiri otaknya.

Berjayakan mereka – puak pembangkang, mengekang usul yang akan dikemukakan Barisan Nasional yang mahukan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuh bagi menyiasat kesohehan video seks berkenaan?

Sama-sama kita semua nantikan kesudahan sebahagian episod drama ‘Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah’ seterusnya.

Tunggggguuuuu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog