Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 9 April 2011

Akaun pegawai kastam berjuta ringgit

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mengesan beberapa juta wang dalam akaun pegawai-pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan dalam Operasi 3B, termasuk lebih RM2 juta dalam akaun salah seorang bekas pengarah jabatan itu.

Sumber memberitahu, pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu secara terperinci telah mengesan pembabitan sebuah syarikat yang dipercayai berperanan memasukkan wang-wang tersebut ke dalam akaun pengarah berkenaan.

"Tindakan itu dibuat atas arahan pengarah itu ketika beliau masih berkhidmat.

"Pasukan itu turut mengenal pasti beberapa pegawai kastam yang memiliki kemewahan di luar kemampuan berbanding pendapatan mereka sebagai penjawat awam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan khas tersebut tidak berputus asa untuk meneruskan siasatan walaupun ada cubaan untuk menghalang tindakan itu berikutan kematian Penolong Pengarah JKDM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed kelmarin.

"Usaha sedang dijalankan untuk membekukan akaun pegawai-pegawai berkenaan.

"Siasatan SPRM tidak terjejas malah masih giat diteruskan dan mengikut maklumat, ada berbilion ringgit lagi masih berada di luar negara. Siasatan turut melibatkan pegawai-pegawai yang sudah bersara," katanya.

Seramai 62 pegawai JKDM pelbagai pangkat ditahan manakala berjuta-juta wang, akaun dan barangan berharga termasuk rumah dan kereta disita dalam operasi besar-besaran SPRM di Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang sejak Isnin minggu lalu.

SPRM menganggarkan lebih RM10 bilion wang rasuah itu telah dipindahkan secara haram ke luar negara, manakala negara kerugian akibat kehilangan pendapatan sebanyak RM108 bilion akibat tindakan tangan-tangan kotor tersebut.

Dalam operasi baru-baru ini, ada di antara yang ditahan memiliki akaun simpanan berjumlah setengah juta dan kereta mewah, simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM200,000 dan jam tangan mewah diperbuat daripada emas.
- Utusan

SATU MELAYU:
Perbuatan rasuah telah terlalu lama berakar umbi dalam masyarakat di negara ini. Ianya dilakukan oleh golongan peniaga dengan pegawai kerajaan yang melaksanakan kuatkuasa undang-undang dan peraturan tertentu dalam pentadbiran negara. Bukan semua, tetapi disitulah lubuknya. Hendak dilakukan atau tidak bergantung kepada iman mereka yang tergolong dalam urusan berkaitan.

Dan sejak DS Najib melakukan tranformasi pentadbiran, tumpuan kepada pencegahan rasuah menjadi salah satu NKRA yang mula menampakkan kejayaan.

Oleh kerana yang diberikan tanggungjawab mencegah rasuah adalah SPRM, maka segala kejayaannya tidak disenangi oleh pihak yang terlibat dan juga puak pembangkang.

Hukuman penjara dan hilang semua kekayaan haram yang diperolehi selama ini sangat menakutkan pihak yang terlibat.

Manakala pihak pembangkang pula bimbang kejayaan tranformasi kerajaan itu mendapat sokongan rakyat yang menjadi salah satu punca mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno/BN menjelang PRU-13.

Inilah cabaran utama yang terpaksa dihadapi SPRM dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan demi kesejahteraan rakyat dan kemantapan ekonomi negara.

Justeru, semangat para pegawai SPRM diharapkan tidak jadi lemah kerana insiden yang berlaku akhir-akhir ini yang dilihat terjejas sedikit.

1 ulasan:

atiq berkata...

hu hu banyak nyer tu....orang niaga nak untung seringgit pun bagai nak gila..itu pun dikacau macam2 pihak penguasa. Kalau kerajaan banyak duit boleh ler kasi pensil free kat sekolah. Anak aku selalu hilang pensil..dan korek2 sampai pendek pasal pensil tak ummp.
Hapus rasuah!! Bukan depa dapat duit jer..tapi entah apa2 pulak selepasnya terutama yang dibuat oleh sipemberi rasuah tu. Takut lak SPRM pun rasuah gak? Itu sudah kes beruk dapat bunga he he Tak kan gitu kot! Selamat basmi rasuah.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog