Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.
"Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.
"Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mustafar berkata, hasil operasi itu, sebanyak 62 orang pegawai JKDM telah ditahan dan sejumlah RM602 juta wang dibekukan, selain RM382 juta disita manakala RM31.2 juta dilucut hak harta.
"Kita siasat semua kes dan tangkapan ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 dan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah melibatkan wang berjumlah RM1.2 bilion," katanya.
- Utusan
SATU MELAYU:
Rasuah.... rasuah.... Biasanya yang menerima adalah kaum Melayu sebagai kakitangan kerajaan, sementara yang memberi adalah kaum bukan Melayu yang mengaut kekeyaan negara dengan pelbagai cara yang tidak sihat.
Maka jadilah kaum bukan Melayu itu kaum yang banyak duit dan menguasai ekonomi negara. Bila mereka ada banyak duit, maka segala hartanah bernilai di negara ini mampu mereka miliki.
Kira-kira punya kira, ekonomi kaum bukan Melayu semakin meningkat hari demi hari dan kaum Melayu tidak mampu menghambatnya walaupun pelbagai bantuan dan insentif diberikan oleh kerajaan.
Fikir-fikirkanlah bagaimana ekonomi kaum melayu mahu ditingkatkan dari segi peratusannya jika rasuah oleh kakitangan berbangsa Melayu sendiri menjadi punca utama terjualnya negara ke tangan bukan Melayu secara mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan