POLIS tidak terlibat dalam memuat naik video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang ke laman web ‘youtube’ dan kerajaan juga tidak tahu menahu siapa yang bertanggungjawab, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Saya pun tak tau dari mana datangnya klip video dalam ‘youtube’ itu dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) sudah memaklumkan kepada saya bahawa ia juga bukan datang daripada pihak polis.
"Apa yang sebelum ini diberikan kepada polis, itulah yang merupakan perkara di dalam pengetahuan polis setakat ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat di Kuala Lumpur, Selasa.
Hishammuddin mengulas petikan video selama hampir dua minit itu yang ditayangkan di laman web tersebut dan beberapa blog sejak tengah hari semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Negara berkata polis akan turut menyiasat petikan video itu yang dimuatkan di dalam laman ‘youtube’ secara menyeluruh.
"Kita akan menyiasat secara menyeluruh dan telus perkara ini," katanya dalam sidang media yang sama.
Ismail berkata siasatan itu juga akan meneliti dan mengenalpasti individu yang terlibat memuatnaikkannya ke laman video itu dan blog-blog.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi melulu kerana siasatan ke atas kes itu sedang dijalankan.
"Saya pesan kepada orang ramai, jangan buat kesimpulan dan spekulasi anda sendiri, jangan membelakangkan undang-undang dan bertindak mengikut perasaan.
"Biarkan pihak polis menyiasat perkara ini, yang penting kita hanya mahu mencari kebenaran," katanya.
Klip video pendek itu merupakan suntingan video yang telah didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara di sini.
Berikutan itu, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membuat laporan polis menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.
- Bernama

SATU MELAYU:
Isu yang kini jadi kes polis semakin bercelaru apabila video yang sepatutnya hanya ada di tangan polis, boleh turut berada di tangan pihak lain. Tidak cukup dengan itu, ianya dimuatnaik pula ke dalam youtube untuk tontonan umum.
Adakah ianya telah disalin terlebih dahulu sebelum diserah kepada polis atau ada pihak lain telah merakamnya sebelum Datuk Eskay menemui rakaman berkenaan ketika mencari jam Omega?
Walaupun apa yang tersiar di youtube itu boleh dianggap sebagai ‘mukaddimah’ kepada perlakuan yang jadi isu panas masa kini, tetapi ianya cukup mensuspenkan dan menimbulkan pelbagai tandatanya.
Ada kemungkinan aksi sepenuh dalam video berkenaan akan diCDkan dan dijual dengan harga yang sangat mahal. Maknanya, ada pihak tertentu yang menanti masa untuk buat duit. Dan apa yang disiarkan melalui youtube itu hanyalah bersifat iklan semata-mata.
Wallahhualam....
1 ulasan:
muahahaha jgn tipu melayu beb.video tu hanya ada [ada polis itu pun kalau datuk t tak copy...muahahahaha budak kemas leh kau tipu...
http://malaysiandotcom.blogspot.com/
Catat Ulasan