Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 9 Ogos 2011

Belumpun sempat Presiden Pas buat kerja, Pemuda Pas dah sokong JAIS dan Hasan. Cerciterrr! Cerciterrr!....

MESYUARAT selama lima Jam Jawatankuasa Pas Pusat Ahad lalu memutuskan untuk mendapat penjelasan daripada pihak JAIS dan Gereja dalam isu ‘serbuan’ di Gereja Methodis Damansara Utama, kerana ada laporan mengenai kegiatan memurtadkan 12 orang Islam. Dan tarikh yang ditetapkan ialah pada 15 dan 16 Ogos ini.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba, belum pun sempat jawatankuasa Pas pusat menemui dua pihak berkenaan, Dewan Pemuda Pas Pusat membuat kenyataan menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pendirian Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, dalam isu serbuan yang dihebohkan itu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, ketetapan berkenaan dibuat berasaskan kepada prinsip bahawa usaha pencegahan seperti yangdilakukan JAIS agar akidah umat Islam sentiasa terpelihara perludisokong oleh semua pihak.

"Secara prinsipnya tugas pihak berkuasa agama adalah untuk menjaga akidah dan memelihara kesucian agama Islam, jadi kalau itu asas yang digunakan JAIS dalam isu ini... kita sokong.

"Jadi, sebarang bentuk tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama untuk mempertahankan Islam, menjaga kesucian agama Islam, itu adalah tindakan yang wajar disokong oleh semua pihak dan tak perlu timbul sebarang keraguaan di atas tindakan tersebut," katanya di Shah Alam pada Selasa, sebagaimana dilaporkan mStarOnline.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan selama hampir satu jam dengan Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden berkenaan.

Berpuas hati dengan penjelasan Hasan, Nasrudin berkata semua pihak tidak seharusnya prejudis terhadap tindakan JAIS itu kerana ia dilakukan bagi menjaga kepentingan Islam.

"Saya harap semua pihak beri kepercayaan kepada JAIS tanpa sikap prejudis kerana pihak berkuasa agama itu menjalankan tugas mereka demiagama Islam," katanya.

Ahad lalu, Hasan turut hadir memberi taklimat kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (CWC) berhubung insiden berkenaan namun tiada sebarang pendirian dibuat mengenainya.

Menyifatkan penjelasan itu 'tidak cukup', Presiden PAS, DatukSeri Abdul Hadi Awang sebaliknya mahu mendapatkan maklumat langsungdaripada JAIS dan pihak gereja sendiri.

Dalam pada itu mengulas mengenai pertemuan pihaknya dengan Hasan, Nasrudin berkata beliau cukup berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan yakin bahawa Exco Selangor itu bertindak berdasarkan
bukti kukuh.

"Kami semua sangat berpuas hati, kami juga ada bertanya soalan kepadabeliau... semuanya jelas.

"Malah Dr Hasan sendiri mengakui bahawa beliau mempunyai bukti kukuhmengenai tindakan JAIS itu," katanya.

Apa dah jadi dengan kepimpinan Pas? Hadi dan jawatankuasa Pusat kurang yakin dengan penjelasan Hassan, sementara Ketua Pemuda Pas – Nasruddin, yang tentunya menduduki sama jawatankuasa Pas pusat, telah mendahului keputusan Pas Pusat dan ketuanya Hadi Awang?

Nampaknya isu ini telah menjadikan Pas seolah-olah ada dua nakhoda. Nakhoda tua dan nakhoda muda. Yang tua dok berdolak-daleh dalam kenyataan dan keputusannya sementara menantikan arahan baru daripada Syeikh Anwar Ibrahim dan Syeikh Lim Kit Siang, sementara yang muda terus bertindak kerana mungkin tak tahan dengan kritikan rakyat dan ahli-ahli Pas yang ada otak.

Abdul Hadi dan Jawatankuasa Pas Pusat belum pun buat kerja yang dijanjikan, Ketua Dewan Pemuda Pas telah mendahuluinya. Maklumlah, orang muda... tindakannya cepat dan pantas. 

Mana Hadi nak letak muka? Tidakkah perbuatan Nasruddin tantawi itu disifatkan 'lawan tauke?'


Nanti Datuk Dr. Hasan Ali tak kena pecat dan kena tindakan desiplin, Nastuddin tantawi pulak yang dapat bala kerana lawan tauke. Entahlah! Lantaklah kau orang! Orang lain berpolitik, kalian pun nak berpolitik, tapi politik pemimpin Pas nampak sangat jadi balaci Anwar dan Kit Siang....

Itulah citernyaaaaa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog