Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 12 Ogos 2011

Siapa berani sita GMDU? Nak robohkan kuil kecil di bawah pokok pun tak mampu.... Nak robohkan geraja? Peerahhhhh!


HEBOH dikhabar-anginkan kononnya Gereja Methodist Damansara Utama, Seksyen 13 Petaling Jaya yang disiasat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini akan disita kerana pembinaannya tidak memperoleh kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Poorahhhh! Siapa yang sebarkan berita itu adalah orang bangang yang tidak tahu dan tidak faham bahawa sebenarnya pengaruh dan kuasa penggerak Kristian di negara ini tersangatlah kuatnya. Tidak ada siapa yang berani mengganggu-gugat mereka.

Rangkaian mereka luas merangkumi ke seluruh pelusuk dunia. Mereka bersatu dan teguh dengan perjuangan menjadikan Kristian agama sejagat. Pentadbiran mereka bersistematik, wang mereka banyak, bukan calang-calang banyaknya. Kalau Malaysia ini mahu dijualpun mereka boleh beli.

Dan jauh sekali di samakan dengan umat Islam. Umat Islam kalau tidak berpecah-belah dan saling bercakaran sesama sendiri, bukanlah Islam namanya.

Kalau dah sebuah parti politik yang terang-terang menamakan dirinya sebagai ‘Parti Islam’ pun tidak berani berbuat apa-apa ke atas gerakan penggerak Kristian memurtadkan umat Islam, apa lai yang boleh diharapkan kepada parti-parti lain?

Melayu/Islam? Kalau bangsa ini tidak bergaduh dan saling berbantah-bantahan sesama sendiri, bukanlah Melayu namanya.

Justeru, apa yang mereka buat tidak ada siapa yang berani halang dan bantah. Mereka tahu sejauh mana kekuatan bangsa Melayu dan kerajaan Melayu. Melayu... layu.... lembik dan mudah lisut.....

Entah macam mana JAIS sahaja yang berani bertindak. Mungkin semua itu atas Kudrat dan Iradat Allah swt yang Maha Berkehendak menggerakkan hati mereka yang terlibat bertindak sedemikian sebagai suatu petunjuk daripadaNya atas solat hajat dan doa mereka yang minta ditunjukkan ‘kebenaran’.

Itupun setakat tu sajalah. Lepas tu berkokaklah para pemimpin Melayu yang menmgaku beragama Islam mengenai tindakan yang dijadikan isu ituuuuuuuuuu..... Wal usul balik asal....

Sebagaimana kita semua sedia maklum, pihak berkuasa di negara kita agak teragak-agak dalam masalah bertindak terhadap rumah-rumah ibadat, walaupun di dalam Perlembagaan Negara mencatatkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan.

Kalau sebuh kuil kecil di bawah pokok pun pihak berkuasa kita tidak mampu merobohkannya walaupun semua orang tahu ianya didirikan secara haram di tanah yang diteroka secara haram, tetapi tindakan merobohkannya tetap tidak mampu dilakukan.

Kalau cuba juga macam-macam bantahan akan dilakukan. Ini bukannya satu fitnah atau tuduhan melalu. Banyak kes boleh dijadikan contoh. Dan masyarakat di negara ini semuanya tahu masalah ini.

Di Shah Alam contohnya, hinggakan ada sebatang jalan baru yang lebar – empat rotong, tidak mampu diteruskan pembinaannya kerana sebuah kuil haram berada di tengah-tengah jajaran projek berkenaan. Maka terbantutlah pembinaan jalan di tempat berkenaan. Walaupun pembinaan lancar, di awal dan di hujungnya, tapi bila tiba di kuil berkenaan, jalan itu terputus dan kekal dengan jalan lama yang kecil.

Itu baru kisah sebuah kuil hindu yang kecil dan jelas didirikan secara haram di atas tanah milik kerajaan. Inikan pulak nak sita atau robohkan Gereja Methodist Damansara Utama? Malam sikit! Jauh panggang dari api. Takkan ada pihak yang berani lakukannya.

Bak kata kaum India: Poooorrrraaaahhhhh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog