Prof Madya, Dr Mohd Jamil Yaacob |
Ketua Jabatan Psikiatri HUSM Prof Madya, Dr Mohd Jamil Yaacob berkata mereka ini, yang termasuk murid sekolah rendah, adalah antara lebih 700 pesakit yang menerima rawatan setiap bulan di klinik psikiatri hospital itu termasuk kes berulang.
"Ini adalah fenomena baru dalam masyarakat kesan tekanan hidup dalam kekeluargaan dan pelajaran di dunia yang semakin mencabar sekarang," katanya kepada Bernama di pejabatnya di Kota Baharu, Selasa, yang turut dihadiri Pengarah HUSM, Datuk Dr Zaidun Kamari.
HUSM, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan. |
Katanya peningkatan jumlah pelajar yang menerima rawatan itu berikutan kesedaran orang ramai terhadap peranan dan tugas yang dimainkan oleh klinik psikiatri dalam menyelesaikan pelajar yang menghadapi masalah itu.
"Sebelum ini, ramai ibu bapa enggan datang ke klinik psikiatri kerana tidak sanggup menerima tanggapan negatif masyarakat yang menganggap mereka datang ke klinik berkenaan sebagai penghidap penyakit jiwa," katanya.
Untuk menghilangkan tanggapan negatif itu juga, Jabatan Psikiatri HUSM mengambil inisiatif menamakan klinik ini sebagai "Klinik Bimbingan dan Remaja" sejak 2002.
Selain itu, katanya, petugas jabatan itu mengadakan lawatan ke sekolah bagi memberi khidmat bimbingan terapi kepada pesakit terbabit.
Zaidun pula berkata tahap penerimaan masyarakat dalam mendapatkan rawatan mental di hospital lebih tinggi berbanding sebelum ini kerana kebanyakan mereka yang terlibat dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya mendapat kemudahan kerajaan, khasnya daripada Jabatan Kebajikan masyarakat.
- Berita: BernamaOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan