TERTUDUH kedua dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia telah dipukul, diugut dan dipaksa semasa disoal siasat polis termasuk kemaluannya ditendang dan dicubit serta mulutnya diacukan dengan pistol.
T. Thilaiyalagan, 20, berkata ketika disoal siasat di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada 11 Sept 2010, dia juga telah dipaksa oleh pegawai polis Cif Ins N.Govindan untuk mengakui bahawa dia telah membunuh seorang wanita dan tiga orang lelaki.
"Apabila Govindan masuk ke dalam bilik dengan bawa surat khabar yang mempunyai gambar tiga lelaki serta seorang perempuan, dia tanya adakah saya kenal orang dalam surat khabar itu dan saya jawab tidak.
"Govindan dan seorang anggota polis Thiagarajan telah pukul saya dan Govindan masukkan pistol ke dalam mulut saya serta arahkan saya supaya ikut apa yang dia cakap. Saya diarahkan untuk beritahu bahawa saya yang bunuh keempat-empat orang itu tetapi saya tidak mengaku," katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguamnya Gurbachan Singh.
Thilaiyalagan selaku saksi pertama memberi keterangan dalam prosiding bicara dalam bicara yang diadakan bagi menentukan keadaan minda tertuduh semasa memberi kenyataan yang membawa kepada penemuan eksibit-eksibit dalam kes itu.
Tertuduh yang ditangkap pada 9 Sept 2010 sebelum ini mendakwa dia telah dipaksa semasa memberikan kenyataan kepada pihak polis.
Thilaiyalagan, pekerja ladang, bersama-sama bekas peguam, N. Pathmanabhan dan dua lagi pekerja ladang, R. Matan dan R. Khatavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Pathmanabhan, 42, Thilaiyalagan, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tertuduh kedua itu yang bercakap dalam Bahasa Tamil sambil diterjemah oleh jurubahasa mahkamah berkata dalam soal siasat yang mengambil masa kira-kira empat setengah jam itu, Govindan turut menendang dan mencubit kemaluannya serta menyepak di bahagian dadanya banyak kali semasa dia berada dalam keadaan melutut di atas lantai.
"Dalam tempoh empat setengah jam itu saya turut dibawa ke bilik kedua oleh Govindan di mana di sana polis memegang leher saya dan suruh saya buka mulut sambil Govindan memasukkan pistol ke dalam mulut saya," katanya.
"Pada 13 Sept 2010 ada atau tidak soal siasat dijalankan ke atas kamu," soal Gurbachan.
"Saya telah dibawa ke IPD Kuala Langat, Banting, dan kemudian Govindan paksa saya pergi ke sebatang sungai sambil memberitahu kalau saya tidak ikut saya akan ditembak. Saya kemudian diarah tuding jari untuk diambil gambar," katanya sambil mengakui segala pukulan dan paksaan sepanjang disoal siasat oleh pihak polis menakutkannya.
Thilaiyalagan berkata berikutan insiden-insiden itu dia telah membuat dua laporan polis pada 6 April dan 6 Julai, tahun ini.
Seterusnya ketika menjawab soalan peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan, tertuduh kedua itu berkata dia telah dimasukkan ke lokap balai polis lain pada petang 11 Sept 2010 di mana lantainya dibanjiri air yang bocor dari paip di atas siling lokap tersebut.
"Polis kemudian beri penutup botol serta baldi dan suruh saya timba air masuk ke dalam baldi. Saya tidak berjaya melakukannya (timba semua air) dan juga tidak dapat tidur yang mencukupi sepanjang malam itu," katanya.
Ketika disoal peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, Matan, Thilaiyalagan berkata semasa dibawa balik ke IPD Gombak pada 12 Sept 2010, dia nampak Matan dan tertuduh keempat, Khatavarayan dipukul sehingga berdarah.
Tertuduh kedua itu berkata dia nampak mulut Khatavarayan yang dipanggil Ravi berdarah manakala Matan berdarah di gigi dan keadaan itu menyebabkan dia berasa takut.
Thilaiyalagan berkata Govindan turut melemparkan kata-kata kesat kepadanya seperti memanggilnya 'anjing' dan 'babi'.
"Bagaimana keadaan minda kamu bila perkara itu berlaku," soal Amer Hamzah dan tertuduh kedua itu menjawab: "Saya rasa nak jadi gila".
"Pada 12 Sept 2010 saya dibawa ke ladang (tempat kejadian). Saya rasa lapar jadi saya minta makanan tetapi mereka beri cili api. Saya diarah untuk makan cili api serta diugut kalau saya jatuhkan ke lantai saya akan dipukul dan selepas itu saya menangis," katanya.
Ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin, Thilaiyalagan menafikan bahawa dia membuat laporan polis selepas dinasihatkan oleh peguamnya dan tidak bersetuju dengan cadangan Saiful Edris bahawa dia tidak bercakap benar semasa memberi keterangan bahawa dia telah dipaksa serta dipukul oleh Govindan.
Tertuduh kedua itu juga tidak bersetuju dengan cadangan Saiful Edris bahawa dia tidak bercakap benar semasa memberi keterangan bahawa dia telah diugut oleh Govindan, dilemparkan dengan kata-kata kesat, dipaksa makan cili api serta diarah menimba air di lokap.
"Kamu cakap kamu telah ditendang di kemaluan sekali tetapi dalam laporan polis kamu cakap Govindan tendang berkali-kali," soal Saiful Edris.
"Saya cuma cakap dua atau tiga kali," jawab Thilaiyalagan.
"Setuju atau tidak kalau kamu ditendang berkali-kali di kemaluan, kamu dah lama masuk hospital," kata Saiful Edris dan tertuduh kedua itu menjawab "setuju".
"Pada 12 Sept 2010 kamu ada ke ladang kan, jadi kamu tidak ada apa-apalah," soal Saiful Edris dan Thilaiyalagan menjawab: "Tidak ada apa-apa."
Sementara itu, tertuduh ketiga, Matan yang merupakan saksi ketiga prosiding bicara dalam bicara itu berkata dia melihat Thilaiyalagan dan Khatavarayan dipukul sehingga berdarah di lokap IPD Gombak.
"Saya lihat keadaan Thilaiyalagan mulutnya berdarah dan dia ketakutan dan muka Ravi (tertuduh keempat) juga dilihat lebam dan mulutnya berdarah," katanya.
Matan turut menafikan bahawa dia dengan Thilaiyalagan telah berpakat untuk membuat laporan polis dan mengada-adakan cerita tentang Govindan serta pasukannya untuk dijadikan sebagai pembelaannya dalam kes itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung Selasa.
- Laporan: BernamaOnline

Tiada ulasan:
Catat Ulasan