Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 7 Ogos 2011

Tiada Tindakan Terhadap Hasan, PAS Mahu Jumpa JAIS, Gereja


PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berhubung kenyataannya yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja di Petaling Jaya pada Rabu lalu.

Sebaliknya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti berkenaan mengambil pendirian menyerahkan kepada kerajaan Selangor bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"PAS tak buat apa-apa keputusan terhadap Datuk Dr Hasan, beliau akan teruskan tugasnya sebagai exco," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (CWC) di Kuala Lumpur, Ahad.

Pada mesyuarat hampir lima jam yang turut di hadiri Dr Hasan, CWC turut diberi penjelasan berhubung insiden serbuan di majlis makan malam muhibah di Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC).

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, PAS memutuskan untuk mengadakan bersemuka dengan JAIS dan pihak gereja sendiri bagi mendapatkan maklumat terperinci.

"Kita akan turun ke medan, kita nak dapatkan sendiri penjelasan daripada kedua-dua pihak.

"Kita tak boleh dengar penjelasan daripada Dr Hasan sahaja...kena berlaku adil," katanya.

Ditanya sama ada PAS meragui penjelasan Dr Hasan yang dilihat bertentangan dengan pendirian kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Hadi berkata isu berkenaan tidak seharusnya dibangkitkan.

"Bukan soal tak percaya penjelasan atau tidak...tapi soal kita mahu dapatkan maklumat tepat dan terpeinci.

"Dr Hasan sendiri beritahu bahawa beliau pun dapat maklumat daripada JAIS selepas serbuan dibuat," katanya.
- Berita: mStarOnline

SATU MELAYU:
Keputusannya ringkas sahaja, iaitu Pas akan berjumpa dengan JAIS dan pihak gereja. Tapi mesyuarat mengenainya lama – lima jam. Biarkanlah Pas dengan masalahnya. Mereka dah tersepit.

Bagaimanapun siapa dan apa kuasa Pas nak jumpa JAIS dan pihak gereja? Pas bukan kerajaan atau pihak berkuasa di mana-mana. Pas hanya sebuah parti politik. Mana ada kuasa nak ambil tindakan terhadap JAIS jauh sekali ke atas pihak gereja.

Beranikah pemimpin Pas jumpa dengan pihak gereja? Tidakkah nanti Hadi and the gang akan terkencing dalam kain bila ditengking oleh Teresa Kok, Eli Wong dan Ronnie Liu?

1 ulasan:

Melayu Pasir Gudang berkata...

Hj.Hadi masih nak bersandiwara.Menutup perpecahan dalaman yang berlaku dalam PAS, Isu ini adalah ujian Allah untuk rakyat yang mahu berfikir benarkah PAS memperjuangkan Islam atau Islam di peralatkan PAS untuk Kuasa.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog