Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 9 Ogos 2011

Pecah Tembelang: ‘MBPJ Tidak Pernah Lulus Bina Gereja Methodist Damansara Utama’.

Beginilah tersergamnya bangunan yang diluluskan untuk 'Pusat Komuniti' yang telah bertukar menjadi Gereja Methodist Damansara Utama. Di mana salah dan silapnya?
MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum ini hanya meluluskan pembinaan pusat komuniti bukan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang bangunannya kini tersergam di Seksyen 13 Petaling Jaya.

Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.

“Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembinaan DUMC dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan daripada MBPJ.

Fungsi unit kawalan bangunan MBPJ bertindak mengawal semua jenis pembangunan dalam kawasan majlis tersebut, memproses permohonan kelulusan pelan bangunan baru, mengeluarkan sijil kelayakan menduduki (CF) serta boleh mengambil tindakan kawalan ke atas binaan bangunan yang dibuat tanpa kebenaran.

Rabu lalu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.
- Berita: mStarOnline

SATU MELAYU:
Kalau begitulah kisahnya, maka jelaslah ada unsur ‘menipu’ atau ‘salah guna’ kelulusan telah dilakukan oleh pihak yang membina gereja berkenaan.

Sejak bila baru sedar?

Maknanya, apa yang berlaku di sebalik insiden yang jadi isu panas ini ada rahmat Allah swt yang tersirat.
Kalau para penjawat jawatan tertentu di kalangan kaum Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan sesuatu kelulusan.ingat dan insaflah.

Sikap cuai, sambil lewa dan terlepas pandang seperti itulah yang diambil kesempatan oleh puak-puak yang mahu merampas negara ini dari tangan orang Melayu/Islam. Tak tahulah entah berapa banyak lagi kes yang sama waktu dengannya telah dan akan berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog