Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 7 Ogos 2011

“Pemimpin Melayu perlu bersatu dalam isu akidah,” – Nik Abduh

PEMIMPIN Melayu sepatutnya bersatu dalam isu akidah, bukannya melatah sehingga menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam isu pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, jika benar tindakan itu dibuat demi menyelamatkan akidah orang Islam.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, contoh yang ditunjukkan segelintir pemimpin Melayu dalam isu tersebut adalah tidak betul kerana tegasnya, selaku Muslim adalah wajib memelihara dan mempertahan akidah umat Islam yang lain.

Menurutnya, walau apa sekalipun pendirian politik setiap pemimpin berkenaan, mereka perlu meletakkan kepentingan Islam melebihi segalanya dalam isu berkenaan, kerana tindakan JAIS itu berhubung kait dengan dakwaan berlakunya penyebaran agama Kristian kepada orang Islam.

"Kalau benar dakwaan itu (penyebaran agama Kristian) wujud, kita (Pemuda Pas) memandang berat perkara ini kerana selain menyalahi Perlembagaan Persekutuan, ia membabitkan soal akidah. Jadi wajib ke atas semua Muslim termasuk JAIS untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

"Kita kena letak agama di depan. Islam kena melebihi segala kepentingan lain dan adalah tidak betul kalau pemimpin (Islam) tertentu terlalu cepat melatah dalam perkara ini. Sepatutnya kita bersatu dalam soal agama," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di Kuala Lumpur, Sabtu.

Nik Abduh membuat kenyataan tegas itu ketika sebahagian besar pemimpin Pas lain dilihat ragu-ragu untuk mempertahankan tindakan JAIS atau berdiri di belakang Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, sebaliknya ada antara mereka secara terbuka mempertikai tindakan jabatan berkenaan.

Meskipun anak kepada Mursyidul Am Pas itu tidak menyatakan secara tepat siapa pemimpin politik yang dimaksudkan, tetapi ia dipercayai merujuk kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad.

Ini kerana, Menteri Besar Selangor itu kesal dengan tindakan JAIS dan memberitahu, niat serta tujuan baik jabatan itu tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan, manakala Khalid pula berkata, JAIS perlu ada 'kawalan diri'.

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, walaupun umat Islam merupakan majoriti di negara ini tetapi ia tidak memberi apa-apa kelebihan, jika pemimpin Melayu tidak bersatu dalam hal yang sepatutnya mereka bersatu, terutamanya isu membabitkan agama.

Dalam pada itu, beliau menambah sudah tiba masanya untuk kerajaan memperkasakan undang-undang sedia ada dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan agar tiada ruang untuk mana-mana pihak mencabar kesucian agama Islam di mahkamah sivil.

"Cara terbaik pinda atau perkasakan undang-undang sedia ada bagi menyelamatkan akidah. Memang Islam dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi banyak ruang untuk bukan Islam mencabar kesucian agama kita dan dalam beberapa kes mereka menang," katanya.
- Berita: UtusanOnline

SATU MELAYU:
Apabila Nik Abduh sebut Melayu harus bersatu dalam hal yang sepatutnya, tentulah ianya ditujukan kepada Melayu Umno dan Melayu Pas. Di situlah kumpulan Melayu bercakaran kerana fahaman politik berbeza yang sering berbantahan.

Bagaimanapun, Umno sering menyuarakan ia sedia ‘berkerjasama’ dengan Pas. Bukannya ‘bersatu’ sebagaimana yang sangat digeruni oleh pemimpin Pas terutama ayahanda Nik Abduh sendiri.

Jika Melayu Umno dan Melayu Pas ada kesefahaman untuk bekerjasama, maka apabila timbul isu sebegini – memurtadkan umat Islam, ianya mudah ditangani bersama dan tidaklah kelihatan orang Melayu/Islam saling bertelagah walaupun dalam soal akidah.

Kesimpulannya, setelah DAP dan puak anti Islam dari kaum imigran yang menganggap negara ini bapak mereka punya jadi ‘besar kepala’ dan sering melakukan provokasi bagi memecah-belahkan kesepakatan dan perpaduan sesama Melayu/Islam.

Malah Nik Abduh sendiri dalam kenyataan ini tidak berani mengatakan bahawa dia secara peribadi menyokong tindakan Dr. Hasan Ali mempertahankan tindakan JAIS itu? Beliau masih bercakap secara umum. Masih tidak berani atau tidak sanggup menuding tumpuan kepada menyokong Hasan Ali – pemimpin Pas Selangor yang kini ditekan semahu-mahunya oleh puak anti-Islam dan anti-Melayu dalam kepimpinan pakatan Selangor. Sebab Nik Abduh sendiri ada jawatan dalam Pas.

Kenapa tidak seorang pun pemimpin Pas, sama ada yang tua atau yang muda berani ketengah menyuarakan sokongan terhadap Hasan Ali? Kenapa asyik berdalih dengan alasan menanti laporan daripada Pas Selangor?

Kalau Melayu Pas dan Melayu Umno mampu bersatu, puak-puak pengacau dan perampas kuasa Melayu dari kalangan kaum imigran yang mula ‘besar kepala’ itu tidak berani pun bersuara.

Jangan salahkan mereka kalau agama Islam dan bangsa Melayu di Malaysia dilanyak lumat oleh kaum imigran jika Melayu masih terus berpecah dan bersengketa sesama sendiri kerana provokasi dan permainan politik mereka yang menanti masa untuk mengambil kuasa dari tangan orang Melayu.

Apapun, semua ini terjadi kerana seekor syaitan bernama Anwar bin Ibrahim yang siang malam menyeru supaya kaum Melayu berpecah-belah demi mencapai cita-cita dan mimpinya untuk jadi Perdana Menteri sedangkan majoriti rakyat menolaknya kerana buruk perangai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog