Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 12 Ogos 2011

Zulkifli Noordin cabar Anwar memanggilnya ke mahkamah sebagai saksi


“TEMAN (saya) akan ceritakan macam mana Anwar pada hari Saiful membuat laporan polis itu. Teman tidak akan lupa tarikh 28 Jun 2008 itu, masih segar dalam ingatan teman.

“Teman juga nak ceritakan kepada mahkamah apa yang dibincang malam itu. Bagaimana Rahimi dibawa datang ke Quality Inn Hotel malam itu? Apa yang dia disuruh buat oleh beberapa orang tertentu pada malam itu, siapa orang tertentu itu dan apa peranan Choo Keong pada malam itu?”

Demikian antara hujah yang diberikan YB Zulkifli Nordin melalui tulisannya dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com. Yang mencabar Anwar Ibrahim dan peguam bela Karpal Singh agar memanggilnya ke mahkamah sebagai saksi bagi memberi keterangan berhubung kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

Zulkifli berkata, beliau adalah saksi yang relevan untuk memberi keterangan kerana mempunyai maklumat berhubung apa yang berlaku pada hari Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis kerana mendakwa telah diliwat Anwar dan juga beberapa maklumat lain berhubung kes itu.

Sambil mempersoalkan tindakan Anwar yang mahu memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi kes liwatnya itu, Zulkifli hairan mengapa Anwar tidak memanggil beberapa individu lain yang lebih relevan untuk berbuat demikian, sebaliknya mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes itu.

Katanya, antara mereka yang boleh menjadi saksi bagi kes itu ialah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman dan Anuar Shaari, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor, isteri Anwar sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

“Kenapa kami saksi-saksi yang relevan ini langsung tidak dipanggil oleh Anwar, sedangkan kami yang tahu sedikit sebanyak, malah ada yang terlibat secara langsung. Kenapa Najib dan Rosmah yang langsung tak ada kena-mengena dengan kes liwat ini hendak dipanggil sebagai saksi?” kata YB Zulkifli.

Jelasnya, banyak perkara yang boleh diceritakan kepada mahkamah sekiranya beliau dipanggil sebagai saksi untuk kes itu, termasuklah bagaimana keadaan Anwar apabila mendapat maklumat Mohd. Saiful telah membuat laporan polis kerana diliwat Anwar.

Katanya, Najib dan Rosmah tidak perlu melayan Anwar sekiranya sapina dikeluarkan terhadap mereka untuk menjadi saksi kes tersebut sebaliknya memohon supaya ia dibatalkan sahaja.

Tambahnya, tindakan Anwar memanggil Najib dan Rosmah bukan untuk pembelaan alibi sebaliknya mempunyai tujuan lain.

Beliau berkata, Anwar akan mencari jalan untuk menangguhkan kes itu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mahu bertanding dan berharap untuk menang pada pilihan raya itu.

Terlalu banyak cabaran oleh bekas orang kuat dan sahabat Anwar Ibrahim mengenai siapa yang sepatutnya menjadi saksi dalam perbicaraan kes liwat II yang telah berlangsung selama lebih tiga tahun tetapi masih tidak juga selesai kerana sering tertangguh kerana karenah yang ditimbulkan oleh pihak tertuduh dan pembela.

SM tidak arif mengenai selok belok mahkamah dan sistem perundangan. Persoalan yang bermain difikiran SM ialah tidak bolehkah pihak pendakwa memanggil mereka sebagai saksi setelah Anwar dan peguamnya tidak memerlukan khidmat mereka?

Sama-samalah kita tunggukan perkembangan selanjutnya dan apa kesudahannya kepada kes liwat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog