Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 12 Ogos 2011

Najib Dan Rosmah Hadir Di Mahkamah Berhubung Kes Liwat Anwar

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor Jumaat hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta berhubung perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim.

Najib dan Rosmah tiba pada pukul 2.55 petang untuk bertemu pasukan peguam bela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh.

Mereka tiba 15 minit lebih awal daripada pasukan peguam bela Anwar.

Perdana Menteri dan isteri telah bertemu dengan pasukan peguam bela Anwar secara berasingan selama lima minit di bilik mesyuarat Tingkat Tujuh kompleks berkenaan.

Najib dan isteri meninggalkan kompleks itu pada pukul 3.28 petang ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata kehadirannya di Kompleks Mahkamah itu adalah sebagai menghormati keputusan yang telah dibuat hakim.

Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan dua permohonan Anwar untuk menemubual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Najib berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi itu dan "saya sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh hakim, tak kiralah apa jua jawatan."

Perdana Menteri berkata sebab itu beliau hadir ke majlis tersebut dan telah memaklumkan pendiriannya.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan perkara yang dimaklumkannya kepada peguam bela Anwar kerana beliau telah "sampaikan(nya) mengikut hak saya."

"Saya tahu apa hak saya dan saya telah sampaikan kepada pihak peguam yang mewakili Anwar, dan Anwar juga ada di situ," katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai kehadirannyannya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Sementara itu, Karpal Singh berkata Najib dan Rosmah menolak untuk ditemu bual bagi kes perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan dan kedua-duanya juga tidak mahu menjadi saksi pembelaan dalam kes itu.
- Berita: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Perdana Menteri dan isterinya telah memenuhi perintah mahkamah, iaitu untuk hadir ke mahkamah bagi ditemubual oleh para peguam pembela Anwar Ibrahim dalam kes liwat Anwar-Saiful.

Bagaimanapun, PM dan isteri tidak mahu jadi saksi pada perbicaraan membela diri Anwar itu nanti. Anwar tak boleh buat apa, sebab keputusan mahkamah hanya membenarkan mereka ditemubual, bukannya mesti jadi saksi kes.

Lagipun kenapa PM dan isteri yang diminta jadi saksi? Sedangkan kedua-duanya tidak terlibat langsung dengan kes liwat berkenaan. Perkara utama tidak dijawab, perkara lain pula yang disusah-payahkan. Yang penting untuk Anwar jawab dan jelaskan ialah ‘bagaimana air maninya boleh berada dalam dubur Saiful?’.

Apa lagi yang Anwar boleh buat sekarang? Ada peluang nak tangguh?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog