Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 9 Ogos 2011

Najib, Rosmah perlu hadir atas persetujuan


'HAJAT' Anwar Ibrahim untuk menemubual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa saksi lain tercapai apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, membenarkan permohonan yang difailkan beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat bahawa saksi-saksi itu sendiri bersetuju untuk ditemubual.

Terdahulu, Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika membacakan keputusannya turut menyatakan, apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepada pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan saksi-saksi hadir ketika diperlukan oleh pasukan pembelaan.

Hakim tersebut berkata demikian terhadap permohonan Ketua Pembangkang yang difailkan secara berasingan beberapa minggu lalu atas alasan pihak pendakwaan diwajibkan untuk memastikan kesemua saksi yang ditawarkan kepada pembelaan, hadir ke mahkamah bagi sesi temu bual oleh peguamnya.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden kemudian memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya memerlukan tempoh seminggu untuk menguruskan saksi-saksi kerana dua orang daripada mereka yang disenaraikan merupakan warga Indonesia.

Perbicaraan pada peringkat bela diri dijadualkan bermula pada 15 Ogos ini.

Beberapa jam selepas itu iaitu kira-kira pukul 2 petang, pihak media menerima e-mel daripada seorang peguam Anwar, Sankara Nair yang memaklumkan, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof akan hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta esok pagi (Selasa) untuk sesi temubual.

Terdahulu, peguam tersebut memberitahu, dengan keputusan mahkamah hari ini, kesemua saksi perlu hadir secara fizikal di mahkamah untuk ditemubual dan 'terikat' untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Keengganan untuk hadir ke mahkamah boleh menjurus kepada tindakan menghina mahkamah, tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin ketika ditemui memberitahu, keputusan mahkamah jelas bahawa saksi-saksi perlu hadir secara fizikal di mahkamah dan pihak pendakwaan akan memastikan setiap saksi hadir.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai kesediaan saksi-saksi menjawab soalan barisan peguam bela, Noorin menyatakan, ia adalah seperti keputusan mahkamah hari ini iaitu 'tertakluk ke atas persetujuan saksi' dan tiada tindakan akan dikenakan sekiranya saksi-saksi enggan menjawab sebarang soalan kerana itu adalah hak mereka.

Pada 26 Julai lalu, Anwar memohon untuk menemubual lima saksi iaitu Najib, Rosmah, Musa, Mohd. Rodwan dan pemilik unit kondominium yang didakwa sebagai tempat kejadian, Hasanuddin Abd. Hamid.

Kesemua saksi tersebut kecuali Hasanuddin sebelum ini menyatakan keengganan untuk ditemubual tetapi akan hadir ke mahkamah sekiranya disapina manakala pemilik unit kondominium itu pula menyatakan sebarang temu bual perlu dilakukan melalui peguamnya.

Pada 1 Ogos lalu pula, Anwar sekali lagi memfailkan permohonan yang serupa membabitkan 10 orang saksi antaranya bekas pemandu beliau sendiri, Abdullah Sani Said; dua bekas pengawal peribadinya, Mokhtar Mustafa dan Mohd. Khoharullah Abdul Majid; isteri Hasanuddin, Noor Sham Abdul Hamid; serta dua pembantu rumah yang hanya dikenali sebagai Suliati dan Fitria Dipan.

Anwar, 64, diperintah membela diri atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Sehingga hari ini, hanya lima individu telah ditemubual iaitu adik perempuan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Saidati Adha; kenalan keluarga mangsa, Datuk Mumtaz Jaafar; doktor di Hospital Pusrawi, Dr. Mohammad Osman Abdul Hamid; pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Profesor Madya Khairil Annas Jusoh; dan pegawai perubatan pertama yang ditemui pengadu di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. J. Anantha Raj Daniel.

Anwar, 64, diperintah membela diri atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
- Laporan: UtusanOnline

SATU MELAYU:
Pada fahaman SM, setiap saksi yang ingin ditemubual oleh peguam pembela boleh tidak menjawab soalan yang ditanyakan. Tidak menjadi salah jika mereka berbuat demikian. Yang mesti ikut keputusan mahkamah hanyalah dari segi menghadirkan diri di mahkamah untuk ditemubual oleh pihak pembela.

Hadir mesti, menjawab soalan yang ditanyakan belum tentu mahu dijawab. Sembanglah fasal lain.

Maknaya, apa bila para saksi itu ditanya oleh peguam pembela, mereka boleh berkata: “Soalan itu hanya akan saya jawab kalau ditanyakan dihadapan hakim bicara”. Lebih kurang begitulah maksudnya.

Maka, apa yang disebokkan mengenai memanggil saksi pendakwa untuk ditemubual oleh peguam pembela hanya ‘mengabehkan bogheh jorrr’. Ada maksud tersirat disebalik yang tersurat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog