Akan makbulkah doa anak muda ini? |
Bagaimanapun, keterangan membela diri itu hanya akan dibuat selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah terlebih dahulu membuat keputusan terhadap permohonan Anwar untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Hujahan berhubung permohonan tersebut telah dikemukakan oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada 3 Ogos lalu selepas Anwar memfailkan permohonan itu pada 26 Julai dan 1 Ogos lalu.
Hakim Mohamad Zabidin |
Anwar, 64 dibicarakan setelah didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini hingga 26 Ogos ini untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberi keterangan membela diri.
Pasukan pembelaan Anwar sebelum ini bercadang memanggil 25 daripada sejumlah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.
Selain Anwar, antara yang dijangka memberi keterangan sebagai saksi pembelaan ialah pakar asid deoksiribonukleik (DNA), Dr. Brian McDonald dan pakar forensik Dr. David Wells, kedua-duanya dari Australia.
Anwar mengemukakan permohonan menemu bual 15 saksi tersebut dengan alasan pihak pendakwaan diwajibkan di sisi undang-undang untuk memastikan kesemua saksi yang ditawarkan kepada pasukan pembelaan, hadir ke mahkamah untuk ditemu bual oleh peguamnya.
Pada 26 Julai lalu, beliau memohon untuk menemubual lima saksi iaitu Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof; dan pemilik unit kondominium yang didakwa sebagai tempat kejadian, Hasanuddin Abd. Hamid.
Bagaimanapun semasa berucap dalam satu majlis di Filipina, Anwar Ibrahim dilaporkan mendakwa kes liwatnya ini akan dilambat-lambatkan oleh mahkamah atas arahan kerajaan sehingga pilihan raya umum diadakan.
Sesungguhnya terlalu ramai manusia di seluruh dunia yang mengikuti perkembangan kes ini menanti-nanti keputusan mahkamah. Dan yang paling menarik perhatian untuk diketahui ialah apa dan bagaimana Anwar Ibrahim membela dirinya. Apa hujah penafiannya dan siapa saksi-saksi yang dikemukakannya dalam usaha membela diri.
Sama-samalah kita semua tunggu keputusannya nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan