Peribahasa yang diberikan untuk golongan sebegitu ialah ‘Bagaikan beruk mendapat bunga’.
Mungkin itulah yang sesuai kita andaikan dengan masalah atau kemelut yang menimpa UNISEL, bilamana Naib Canselor-nya terpaksa meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam setelah tidak setuju dengan tekanan politik pimpinan kerajaan Selangor yang sejak 2008 dikuasai oleh pakatan DAP-PKR-PAS itu.
Kemelut itu sudah tentu menjejaskan pelajaran mahasiswa dan masa depan serta nama baik universiti berkenaan yang kebanyakan pelajarnya anak Melayu. Sama ada memang ianya dirancang atau diambil peluang oleh puak anti-Melayu dalam kerajaan Selangor setelah mendapati wujud sengketa dalam kepimpinan universiti itu, terpulang kepada persepsi masing-masing.
Memang tepat kalau dikatakan para pemimpin negeri Selangor dari puak DAP-PKR-PAS itu bagaikan beruk yang tidak tahu berbuat apa bila diberikan sekuntum bunga. Ianya dibelek, diramas, dikoyak-koyak dan akhirnya dibiarkan lunyai begitu sahaja.
Logiknya, mereka yang memimpin Selangor itu mana ada pengalaman mentadbir negeri. Mereka hanya tahu main politik sahaja. Siang malam kepala hotak mereka hanya memikirkan soal politik kepartian puak mereka sahaja. Sama ada yang Melayu, Cina dan India semuanya sama sahaja. Politikkk.... politikkkk.... politik.... Itu sahaja yang mereka fikirkan. Apa jua yang dilakukan adalah untuk politik.
Sedangkan yang merancang, membina dan menguruskan universiti-universiti di negara ini – termasuklah UNISEL, adalah pemimpin-pemimpin bijaksana dan bertanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negara dari UMNO/BN.
Pemimpin UMNO/BN dari sejak negara mencapai kemerdekaan hingga sekarang sering befikir dan berusaha mencari jalan bagaimana membangunkan negara bangsa, meningkatkan ekonomi negara dan mengharmonikan kehidupan rakyat.
Pengalaman berpuluh tahun memimpin dan mentadbir negara bangsa bernama Malaysia ini hanya ada pada UMNO/BN. Kepada pakatan yang baru setahun jagung mengenal erti mentadbir negeri tak mampu berbuat apa-apa. Macam beruk diberikan bunga....
Sudahlah tidak pernah tahu nak membina sebuah universiti pun, nak uruskan sebuah yang telah tersedia pun tak mampu. Bukan nak suruh buat yang baru, suruh jaga yang sedia ada pun tak pandai. Kalau bukan bangang dan baghal, apakah gelaran yang sesuai diberikan kepada mereka?
UNISEL ini adalah satu contoh betapa bangang dan baghalnya pemimpin-pemimpin pakatan Selangor, terutamanya seekor anak Melayu bernama Khalid Ibrahim yang tergagap-gagap bukan sahaja dalam percakapan, rupanya dalam mentadbir dan menguruskan negeri pun tergagap juga. Tersontot sana tersentap sini....
Apapun, semua ini adalah petunjuk daripada Allah swt terhadap anak negeri Selangor, terutamanya kaum Melayu yang pada PRU-12 lalu begitu ghairah mahukan perubahan sebab dah jemu dengan yang lama.
Pilih punya pilih akhirnya terpilih buah keras. Tapi tak apa, peluang masih ada untuk membetulkan keadaan. PRU-13 akan menjelma tak lama lagi. Ketika itu betulkanlah kembali segala kesilapan lalu. Ingatlah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan