Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 12 Ogos 2011

Bicara kes liwat Anwar-Saiful peringkat bela diri mungkin ditangguh?


'IMPIAN' untuk mendengar keterangan bela diri Anwar Ibrahim berhubung pertuduhan liwat yang dihadapinya, pada Isnin ini mungkin tidak menjadi kenyataan. Ini kerana, peguam bela utama Ketua Pembangkang itu, Karpal Singh sudah mula membayangkan penangguhan ketika ditemui oleh pihak media selepas selesai sesi temu bual dua orang saksi di kompleks mahkamah Kuala Lumpur, Khamis.

Peguam itu menyatakan, sekiranya barisan pembelaan tidak dapat menemu bual kesemua saksi yang disenaraikan dalam dua permohonan mereka, kes itu perlu dianjakkan ke satu tarikh sehingga mereka berjaya berbuat demikian.

Pihak pendakwaan perlu memastikan kesemua saksi hadir esok bagi membolehkan sesi temu bual dibuat dan diselesaikan agar pembelaan boleh menentukan saksi mana yang akan dipanggil untuk memberi keterangan kelak.

Pada Khamis, saksi-saksi yang hadir untuk sesi temu bual ialah bekas pemandu Anwar, Abdullah Sani Said dan bekas pengawal peribadinya, Mokhtar Mustafa. Esok dua lagi saksi akan hadir untuk temu bual.

Ditanya bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor akan datang ke kompleks mahkamah itu untuk ditemu bual, Karpal memberitahu, tiada petanda atau maklumat mengenai perkara itu.

Daripada 15 orang yang disenaraikan dalam dua permohonan, sehingga hari ini, hanya sembilan orang hadir untuk sesi temu bual.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof sebelum ini hadir untuk temu bual pada Selasa lalu tetapi membatalkan niat tersebut selepas mengetahui Anwar akan berada di dalam bilik temu bual.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan semalam bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh berada di dalam sesi temu bual tetapi tidak boleh terlibat secara aktif terutamanya bertanyakan soalan.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
- Berita: UtusanOnline

SATU MELAYU:
Memang besar kemungkinan perbicaraan bela diri oleh Anwar Ibrahim pada Isnin ini akan tertangguh lagi. Usaha Anwar dan peguamnya mencari helah untuk kesekian kalinya mungkin berjaya.
Kalau helah ini pun tidak berjaya, tak tahulah apa lagi yang akan dilakukan Anwar dan barisan peguamnya yang semuanya dari golongan pemimpin pembangkang dan kafir harbi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog