MAHKAMAH Tinggi Shah Alam, Isnin memerintahkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo membela diri terhadap tuduhan melakukan rasuah berkaitan pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 Shah Alam, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Mohtaruddin Baki membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapat kes prima facie.
Mohtaruddin kemudian menetapkan 26 hingga 30 Sept ini untuk pembelaan yang dijangka mengemukakan sembilan saksi.
Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.
Hartanah yang terletak di Seksyen 7 itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Dr Mohamad Khir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Pada prosiding hari ini barisan pendakwaan dan pembelaan masing-masing diketuai Abdul Wahab Mohamad dan M. Athimulan.
- Berita: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Seingat SM, kerusi Menteri Besar Selangor memang tersangat panas. Macam-macam hal berlaku. Ada yang kena penjara dan ada yang kena arah letak jawatan. Semuanya kerana kes-kes rasuah dan moral.
Apakah Khir akan menerima nasib serupa seperti Datuk Harun Idris (Allahyarham)?
Semua ini sepatutnya diambil perhatian oleh MB sekarang – Khalid Ibrahim. Jangan ‘berak merata-rata’ nanti penghujung usia dihabiskan di penjara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan