RUSUHAN terburuk dalam sejarah Britain yang memasuki hari ke-5 semalam, meragut empat nyawa sejak kelmarin, dengan kekacauan terus merebak ke beberapa bandar utara termasuk Manchester, Liverpool dan Nottingham, manakala lebih 1,100 orang ditahan di seluruh negara setakat ini.
Seorang lelaki ditembak mati di Croydon, kelmarin, korban pertama rusuhan diikuti tiga lagi semalam apabila mangsa dilanggar kereta ketika mempertahankan beberapa kedai di Birmingham. Kekacauan juga dilaporkan merebak di West Bromwich, Wolverhampton, Leeds dan Gloucester.
Keganasan dan keadaan tidak menentu juga dikhuatiri mengancam jadual perlawanan pembukaan musim baru bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini di luar kota London selain menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan kejohanan Olimpik 2012 di ibu kota Britain itu.

Penunjuk perasaan yang bertukar menjadi penyamun |
Syarikat insurans menganggar-
kan kerugian mencecah £100 juta (RM480 juta) sejak rusuhan meletus, Sabtu lalu. Rusuhan bermula di Tottenham di tengah ibu kota London selepas polis menembak mati seorang lelaki kulit hitam, Mark Duggan.
Rusuhan dan huru-hara berterusan turut memaksa Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Ketua Polis Metropolitan buat pertama kali membenarkan anggota polis menggunakan peluru plastik serta meriam air bagi menghalang perusuh dan kegiatan mencuri di bandar utama ‘selama mana perlu.’
Peluru plastik biasa digunakan untuk mematahkan kemaraan perusuh tanpa menusuk ke dalam anggota tubuh. Ia biasa digunakan bagi menyuraikan rusuhan di Ireland Utara tetapi tidak pernah digunakan polis di tanah besar Britain.
Di Manchester, beratus-ratus belia, ada di kalangan mereka semuda 10 tahun, mengganas di tengah bandar dengan membaling botol dan batu ke arah polis selain menyelongkar kedai.
Kebanyakan mereka yang memakai topeng muka dan topeng ski memecah tingkap kedai, merompak selain mengejar jurugambar yang berada di kawasan itu dalam apa yang disifatkan sebagai keganasan terburuk dalam tempoh 30 tahun.
Sebuah kedai pakaian wanita di lokasi perniagaan utama bandar itu dibakar bersama sebuah perpustakaan lama dekat Salford.
Perusuh turut memecahkan pintu kaca dan masuk ke dalam Arndale, pusat beli belah utama Manchester. Beratus-ratus remaja kemudian merempuh masuk kedai itu dan mencuri pakaian dan kasut.

Di Nottingham, perusuh membaling bom api ke sebuah balai polis dan membakar sebuah sekolah serta kenderaan di luar satu lagi balai polis.
Sekurang-kurangnya 90 orang ditahan selepas cuba mencuri barangan dalam kedai, kolej, pusat masyarakat dan kenderaan.
Di Liverpool, 200 belia membaling pelbagai benda ke arah polis dan anggota bomba memaksa pihak berkuasa menahan 44 orang.
Di London, kedai, pejabat dan sekolah ditutup awal berikutan kebimbangan rusuhan baru akan meletus. Beberapa kawasan perniagaan yang selalunya sibuk dilaporkan tenang kerana pemilik kafe, restoran dan pub menutup perniagaan sejak malam kelmarin.
Di kebanyakan kedai, langsir logam diturunkan dan banyak pemilik tempat perniagaan menutup tingkap kedai dengan kayu sebelum malam.

- Berita: Agensi/BHOnline
SATU MELAYU:
Begitulah yang terjadi di ibu kota sebuah negara yang berhemah dari segi hak asasi manusia, hinggakan pihak berkuasa polis jadi sasaran penunjuk perasaan kerana sikap lembut yang diamalkan.
Akhirnya, huru-hara tercetus dan keadaan tidak mampu di kawal. Penunjuk perasaan semakin ‘menggila’ dan pihak polis pun hilang sabar. Maka melayanglah nyawa mereka yang terlibat dan ramai peniaga mengalami kerugian besar kerana perniagaan mereka dimusnahkan kerana di bakar atau dirompak.
Kepada SM, semua ini adalah petunjuk daripada Allah swt mengenai erti tunjuk perasaan dan bantahan rakyat yang sangat buruk akibatnya. Tolerensi berlebihan menjadi sebab yang memakan diri.
Justeru, Alhandulullah! bersyukurlah kita di negara Malaysia ini kerana pihak berkuasa polis kita telah bertindak bijak dalam menyekat dan menghalang berlakunya tunjuk perasaan yang membawa kepada huru-hara sebagaimana yang telah dilakukan oleh Bersih 2.0 dengan sokongan kuat puak pembangkang, iaitu PAS dan PKR pada 9 Julai lalu.
Kalau tidak kerana tindakan bijak polis, negara kita akan jadi seperti apa yang sedang berlaku di Britain sekarang.
Kepada anak muda Melayu yang telah menyertai perhimpunan Bersih 2.0 kerana mendapat seratus dua dari pihak penganjur, insaflah! Ke mana Melayu nak lari kalau negara ini huru-hara? Yang pendatang serta kaum imigran sudah tentu akan cabut lari ke negara lain sebagai tempat baru. Melayu akan tinggal dalam kemusnahan....
PEMILIK kedai menyewa peralatan dapur di utara London, Azim Mohamed (kiri) dan pembantunya, Riaz Mohamed hanya mampu melihat kedai mereka musnah dibakar perusuh. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan