Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 9 Ogos 2011

‘Suara Hasan tak laku’. Tindakan Hadi satu penghinaan besar - Zul Noordin

TINDAKAN Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'memandang sepi' penjelasan Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, sedangkan beliau seorang Exco yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam di Selangor, merupakan satu penghinaan besar kepada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berkata, ini kerana tindakan Abdul Hadi mahu 'bersemuka' sendiri dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berikutan kontroversi pemeriksaan ke atas gereja Methodist, memberi gambaran bahawa suara Hasan tidak laku dan tidak diterima dalam Pas.

Pada masa yang sama, beliau berkata, tindakan Abdul Hadi itu juga merupakan satu bentuk campur tangan Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, kerana JAIS merupakan jabatan kerajaan dan bukannya lujnah politik dalam Pas, sehingga perlu memberi penjelasan tambahan kepada parti tersebut.

"Bukankah Hasan Ali Exco yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Islam dan juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat? Mengapa tidak diminta Hasan Ali sebagai Exco mendapatkan butiran dan maklumat lanjut daripada JAIS, jika Abdul Hadi berasa maklumat yang disampaikan oleh Hasan Ali tidak cukup.

"Meminta terus daripada JAIS melangkaui Hasan Ali adalah satu penghinaan besar, seolah-olah Abdul Hadi tidak percaya kepada Hasan Ali. Seolah-olah suara Hasan Ali sudah tidak laku dan tidak diterima dalam Pas. Lagi pun, apa hak Pas nak minta JAIS mengadap dan berikan penjelasan dalam isu berkenaan?

"Abdul Hadi tak tahukah nak bezakan antara parti dan kerajaan? JAIS jabatan kerajaan bukan lujnah politik Pas. JAIS hanya menjawab kepada Sultan Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Exco Hal Ehwal Islam atau Menteri Besar. JAIS tidak langsung bertanggungjawab kepada mana-mana parti politik," katanya.

Zulkifli berkata demikian da-lam entri terbaru di blognya, http://zul4kulim.blogspot.com, sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang memberitahu parti itu mahu menemui sendiri JAIS dan pihak Gereja Methodist dengan alasan penjelasan Hasan semalam tidak mencukupi.

Tambahnya, kalau Pas boleh meminta jabatan kerajaan mengadap dan memberi penjelasan kepada mereka dalam isu tersebut, apa akan terjadi di kemudian hari jika, DAP pula yang bertindak memanggil JAIS atas alasan tidak berpuas hati dengan ketegasan jabatan itu memerangi maksiat.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Kepada SM, apa yang diputuskan oleh Pas atau Abdul Hadi itu adalah atas arahan Anwar Ibrahim sebagai-
mana yang dipinta oleh DAP.

Sekali dah terjebak dengan kumpulan ‘penderhaka negara’ adalah agak susah untuk Pas berundur. Lagipun, Pas sebagai kuda tonggangan dalam pakatan terpaksa akur dengan apa yang diarah atau diputuskan oleh pemimpin utama mereka yang bakal ditabalkan jadi PM Malaysia tak lama lagi tu.

‘Dengar cakap enggang makan buah belolok, dengan cakap orang terjun masuk lubuk....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog