Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 7 Ogos 2011

“Demi kepentingan akidah ummah, saya rela dipecat” – Dr. Hasan Ali

PENGERUSI Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah.

Katanya: "Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas entri terbaru blog Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (http://zul4kulim.blogspot.com) bertajuk Genggam Bara Api!

Zulkifli dalam tulisannya yakin Dr. Hasan akan digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor ekoran tindakannya menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan dakwah terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.

Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sebelum ini turut membidas Dr.Hasan yang mempertahankan tindakan JAIS itu.

Malahan seorang pemimpin Pas menganggap kenyataan Dr.Hasan dalam isu berkenaan tidak mewakili parti itu.

Mengulas lanjut, Dr. Hasan menegaskan, beliau telah memperjuangkan isu mengenai umat Islam di Selangor sejak dulu lagi, terutamanya berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

"Saya tidak mahu menyentuh isu gereja itu kerana mematuhi arahan tutup mulut (gag order) oleh Menteri Besar. Tapi saya hanya menjawab mengenai soalan saudara berhubung persoalan yang ditimbulkan oleh YB Zul mengenai nasib saya itu.

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?" katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, Sabtu.

Mengikut rekod terdahulu, Dr. Hasan pernah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam.

Tindakan itu diambil kerana Pas tidak mahu hubungannya dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, terutamanya DAP, terjejas ekoran pendedahan Dr. Hasan itu.

Dalam Muktamar Pas baru-baru ini Dr. Hasan gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak mendapat sokongan daripada puak-puak Erdogan yang didokong oleh Anwar Ibrahim.

Ekoran kekalahan itu, Dr. Hasan turut digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Mingguan Malaysia difahamkan Pas Pusat dijangka bermesyuarat esok dan soal mengenai tindakan terbaru Dr. Hasan dalam soal gereja itu dijangka turut dibincangkan.

Difahamkan Dr. Hasan sering menerima tekanan daripada anggota-anggota Exco bukan Islam DAP dan PKR, jika soal-soal mengenai Islam disentuh.

Sebagai rekod selain Dr.Hasan terdapat sembilan lagi yang menduduki jawatan Exco Kerajaan Selangor iaitu Teresa Kok (DAP), Yaakob Sapari (PKR), Rodziah Ismail (PKR), Dr. Xavier Jayakumar (PKR), Dr. Halimah Ali (Pas), Iskandar Abdul Samad (Pas), Ronnie Liu (DAP), Elizabeth Wong (PKR) dan Ean Yong Hian Wah (DAP).

Dalam semua Exco itu, dikatakan Teresa Kok, Dr. Xavier, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong adalah antara mereka yang sering menentang Dr. Hasan.

Dalam pilihan raya umum 2008, pakatan pembangkang merampas Selangor daripada Barisan Nasional setelah memenangi 36 daripada 56 kerusi. DAP mendapat 13 kerusi, PKR 15 dan Pas lapan kerusi.
- Berita: UtusanOnline

SATU MELAYU:
Apakah ini menandakan bahawa kedudukan tersepit Pas antara mempertahankan akidah Islam dan kepentingan undi kaum bukan Islam berada ditahap kritikal? Bagaikan diluah mati emak, ditelan mati bapak?

Sesungguhnya di bulan Ramadhan yang mulia ini Allah swt telah menguji kedudukan Pas sebagai sebuah parti orang Islam dalam menjalin kerjasama dengan kaum bukan Islam yang jelas menentang Islam, setelah Presiden parti itu mencampakkan perjuangan Islam yang sekian lama diperjuangkan kepada ‘kebajikan’ demi meraih sokongan kaum bukan islam terhadap keberadaan Pas dalam pakatan.

Amarah pemimpin DAP terhadap kepimpinan Pas supaya jangan memperjuangkan islam bukan lagi sekadar amaran atau retorik politik semata-mata, malah telah dibuktikan melalui pelbagai tindakan berupa tekanan terhadap Pas.

Jelas kini, pemimpin Pas mengalah dan tunduk kepada tekanan DAP dan PKR demi ‘kerusi’ pilihan raya. Nauzubillah himinzalik....

1 ulasan:

hitch berkata...

Allah nak tunjukan wajah sebenar pemimpin2 PAS dan sekutunya....!tapi apa yg Allah nak tunjukan adalah tindakan susulan dari pemimpin2 PAS yg lain terutama yg cakap besar selama ini termasukla hadi awang dan pok nik......
Allah nak lihat bagaimana pemimpin yg dikatakan lebih ulamak dari ulamak ini menyelesaikan masalah ini??....adakah Islam didahulukan??..

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog