Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 23 Mac 2011

ISU VIDEO SEKS: 'Datuk T' Adalah Trio Tiga Datuk - Rahim Thamby Chik


Tan Sri Rahim Thamby Chik pada Rabu mengesahkan beliau, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim adalah Datuk 'T' yang terlibat dalam mendedahkan skandal video seks kepada media Isnin lalu.
TAN Sri Rahim Thamby Chik pada Rabu mengesahkan beliau, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim adalah Datuk 'T' yang terlibat dalam mendedahkan skandal video seks kepada media Isnin lalu.

Bercakap kepada pemberita di Hotel Impiana, beliau turut menggesa kerajaan Persekutuan agar segera menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat ketulenan video seks tersebut.

Rahim yang juga Pengerusi Risda berkata, isu ini perlu segera disiasat kerana ia telah menjadi polemik negara.
Rahim adalah bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Shazryl Eskay Abdullah adalah seorang ahli perniagaan dari Kedah dan Shuib pula merupakan bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa atau Perkasa.

Selama tiga hari selepas pihak media didedahkan dengan kewujudan sebuah klip video seks yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi pembangkang, seluruh negara tertanya-tanya siapakah sebenarnya disebalik identiti Datuk 'T' yang bertanggungjawab mendedahkannya.

Rahim ketika bercakap dalam sidang media yang dipenuhi oleh para wartawan dalam dan luar negara bagaimanapun enggan menamakan individu yang terlibat dalam video seks berkenaan sebaliknya beliau hanya menggelarkannya 'orang ini bakal jadi Perdana Menteri Malaysia'.

Turut hadir ialah, Shazryl yang lebih dikenali dengan panggilan Datuk Eskay. Bagaimanapun Shuib tidak sempat hadir pada sidang akhbar tersebut.

Rahim menjelaskan bahawa individu dalam video seks itu pernah memintanya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka atas alasan menjaga kepentingan negara ketika beliau berhadapan dengan skandal seks satu ketika dahulu. Bagaimanapun beliau dibebaskan daripada tuduhan tersebut oleh mahkamah.

"Orang ini pernah meminta saya meletakkan jawatan dengan mengatakan saya merupakan satu liabiliti. Saya diminta letak jawatan (sebagai Ketua Menteri Melaka) walaupun saya tak bersalah," katanya.

Oleh itu beliau meminta Kerajaan Persekutuan segera menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat kesahihan serta ketulenan video yang dirakamkan itu.

"Saya harap Suruhanjaya Diraja itu akan dianggotai oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, wakil DAP, serta pertubuhan bukan kerajaan seperti Perkasa, Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim serta wakil media.

"Biar semua pihak dapat lihat kebenaran. Parti politik serta pihak kerajaan juga boleh meletakkan wakil mereka dalam suruhanjaya diraja ini," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Rahim juga turut menolak dakwaan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul bahawa beliau menawarkan sejumlah wang kepada wakil rakyat PKR itu.

Sebaliknya beliau mendakwa, Johari yang meminta 'wang pelincir' (berjumlah sekian-sekian banyak) selepas beliau melihat video seks berkenaan di sebuah hotel baru-baru ini.

"Saya ingin nafikan, saya tidak pernah tawarkan sebarang ganjaran atau duit kepada dia (Johari). Kita hanya mahu pengesahan daripada dia siapa individu dalam video itu.

"Ketika menyaksikannya Johari sendiri mengesahkan yang kelihatan itu adalah pemimpin pembangkang berkenaan dengan jelas," katanya.

Rahim turut mendakwa, Johari telah meminta ganjaran untuk tiga wakil rakyat PKR yang akan dibawa untuk menonton video seks berkenaan.

"Bagaimanapun kita tolak, kerana kita tidak mahu libatkan wang mahupun membeli sesiapa, sebaliknya pendedahan kita hanyalah demi memberitahu perkara yang benar sahaja," katanya.

"Saya Kini Sedia Dedahkan Segala-galanya" - Datuk Eskay Abdullah

DATUK Shazryl Eskay Abdullah - orang yang bertanggungjawab mendedahkan kepada media kandungan klip rakaman video yang menunjukkan aksi seks seorang yang didakwa sebagai pemimpin sebuah parti pembangkang kini berkata: "Saya sudah bersedia mendedahkan segala-galanya pada polis."

Eskay berkata, pada mulanya beliau tidak mahu membuat laporan polis berhubung video seks berkenaan kerana tidak mahu perkara tersebut dilabelkan sebagai satu konspirasi politik.

"Saya bukan ahli politik, saya hanya seseorang yang mengenalinya (pemimpin yang didakwa itu). Saya akan hanya berikan kenyataan kepada pihak polis sekiranya saya dipanggil untuk berbuat demikian.

"Kini saya sedia beri kerjasama...walau apa pun kenyataan yang diminta saya akan beri kerjasama saya...tiada masalah.

"Apa yang penting kita tidak takut kerana kita di pihak yang benar," ujarnya lagi.

Ketika ditanya para pemberita apakah beliau pasti yang muncul dalam klip rakaman video itu adalah orang yang beliau dakwa sebagai pemimpin tertinggi sebuah parti pembangkang, Eskay sekadar menjawab; "Saya (ada) dalam video tu..."

Malangnya beliau enggan mengulas panjang kerana kes itu telah pun menjadi kes polis.
Eskay yang berasal daripada Kedah mendakwa telah lama mengenali pemimpin pembangkang berkenaan iaitu sejak tahun 1996 lagi.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Kini, rahsia siapa disebalik isu video seks yang menggemparkan negara ini telah jelas. Tidak ada lagi mereka yang terlibat berselindung di sebalik nama ‘Datuk T’. Segalanya telah didedahkan. Dan mereka juga bersedia berikan kerjasama dengan pihak berkuasa polis.

Kalau isu kematian Teoh Beng Hock dari DAP dahulu begitu hebat pihak pembangkang mendesak kerajaan menubuhan suruhanjaya di raja, kini tiba masanya masalah serupa yang melibat seorang tokoh utama pembangkang memerlukan suruhanjaya sama.

Apa tindakan para pemimpin dan juak-juak puak pembangkang sekarang?

Bagaimanapun, kenyataan TS Rahim dan Datuk Eskay tidak menyebut pun nama Anwar Ibrahim. Cuma Anwar sahaja yang mengelabah dan terus nafikan tanpa ada tuduhan terbuka yang menyebut namaanya.

Nampaknya, kiri kanan Anwar Ibrahim kena kali ini. Isu DNA selesai setelah mahkamah memutuskan sampel yang diambil dari tiga objek dari dalam lokap polis boleh dijadikan bahan bukti. Sementara isu video seks ini juga dia terkantoi kerana terlalu cepat menafikannya, sedangkan orang tak tuduh pun dia terlibat secara terbuka.

Sama-samalah rakyat Malaysia tunggukan apa pula kata Anwar Ibrahim membalas kenyataan terbuka ‘Datuk T’ yang kini mendedahkan diri mereka kepada umum dengan jelas dan nyata.

1 ulasan:

krakatau berkata...

Saya harap Allah Taala menunjukkan kita yang haq tentang Anwar Ibrahim dengan segera selepas ini supaya rakyat dapat membuat keputusan yang betul dan benar tanpa menganiaya sesiapa,baik yang dituduh,yang menuduh dan rakyat jelata sendiri.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog