Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 22 Mac 2011

VIDEO SEX: Apa komen bekas dua orang kuat Anwar....

Nampak macam tarik nafas jerrr.... nak kempiskan perut kerrr?
Yakin itu aksi pemimpin pembangkang - Zulkifli


AHLI Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan ‘Datuk T’ sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.

Meskipun enggan memberi jawapan sama ada sudah menonton video itu, beliau berkata, adalah 110 peratus jelas bahawa pemimpin pembangkang itu merupakan lelaki yang terlibat dalam video berkenaan.

“Orangnya jelas dan kita semua tahu siapa dia. Tiada dolak-dalih lagi dan saya berani mengesahkan bahawa itu memang dia.

“Saya percaya dia ada penyakit dan ini perlu diubati segera. Kalau tidak ia bukan saja merosakkan diri, malah keluarga dan negara kerana dia selalu menonjolkan diri sebagai orang yang warak dengan memetik ayat-ayat al-Quran membuatkan ramai pihak termasuk yang ‘kuat agama’ terpedaya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
- UtusanOnline

Jawapan standard, nafi sebelum tengok video - Zaid

BEKAS pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim berkata, jawapan segera yang diberikan oleh para pemimpin parti berkenaan bahawa klip video perlakuan seks yang didedahkan Isnin adalah palsu merupakan satu jawapan standard yang sentiasa dikeluarkan apabila berlakunya krisis.

Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) itu menegaskan, para pemimpin PKR belum pun lagi berpeluang untuk melihat klip video berkenaan tetapi sudah melabelkannya sebagai palsu.

"Apakah mereka telah menyaksikan klip video berkenaan untuk mengatakannya palsu? Saya pasti mereka belum lagi (melihatnya)dan setakat yang kita tahu belum ada sesiapa pun lagi yang berpeluang menyaksikannya melainkan pemegang video berkenaan dan beberapa wartawan yang diberikan peluang untuk melihatnya," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, PKR awal-awal lagi mengatakannya palsu.

"Itu adalah naluri mereka. Malah itu adalah prosedur operasi standard mereka...," ujarnya lagi.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Demikian dua komen ringkas bekas dua orang kuat Anwar Ibrahim dan PKR mengenai isu pendedahan video sex yang menimbulkan satu lagi kontriversi politik ketua pembangkang di Malaysia.

Kedua-duanya adalah pengamal undang-undang atau peguam, malah YB Zulkifli Nordin sendiri adalah bekas barisan peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwat II yang telah menarik diri daripada tugas itu. Beliau juga adalah Ahli Perlimen Kulim-Bandar Baharu yang sering mengkritik kepimpinan Anwar dalam PKR.

Kedua-dua mereka juga telah pun keluar parti –PKR, kerana tidak mempercayai lagi kepimpinan Anwar Ibrahim yang penuh pembohongan dan omong kosong.

Maka bertambah peningglah kepala juak-juak PKR dan Anwar Ibrahim yang dalam keadaan terpaksa tetap menafikan segala pendedahan yang heboh diperkatakan itu.

1 ulasan:

jie berkata...

semoga akan ada pentunjuk dengan apa yang dah berlaku. mual dengan segala taktik DSAI. sampai bila nak berdalih dan tak mau beri sampel DNA. timbul plak video lucah membabitkan beliau dgn pelacur cina. dimana maruah dan rasa malu beliau sebagai orang melayu yang beragama Islam?

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog