Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 25 April 2011

43,000 Liter Diesel Subsidi Nelayan Ditemui Di Bukit Puchong

Sekadar gambar hiasan, tiada kaitan dengan berita....
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya mengesan 43,000 liter diesel dipercayai daripada penyelewengan subsidi Persatuan Nelayan Teluk Intan di Kawasan Perindustrian Bandar Bukit Puchong dekat Kuala Lumpur awal pagi, Ahad.

Dalam operasi kira-kira 2 pagi itu, KPDNKK turut menahan tiga lelaki termasuk penjaga setor di kawasan itu untuk siasatan, kata Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya, Mohd Roslan Mahayudin hari ini.

Beliau berkata hasil maklumat awam, pasukan itu mengekori sebuah treler dari Teluk Intan, Perak dan memberkas pemandu dan kelindannya ketika sedang mengepam masuk kira-kira 25,000 liter diesel dari sebuah tangki dalam treler ke dalam sebuah tangki di kawasan perindustrian itu.

Hasil pemeriksaan lanjut, katanya pasukan itu turut menemui 18,000 liter diesel lagi di dalam sebuah tangki di kawasan perindustrian berkenaan.

"Kami menerima aduan daripada orang awam minggu lepas. Dengan mengekori treler kargo ini, kami dapat menahan pemandu dan kelindannya," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Mohd Roslan berkata pasukan itu mendapat aduan awam minggu lepas bahawa Persatuan Nelayan Teluk Intan menyeleweng minyak diesel subsidi apabila membekalkannya kepada pihak industri di kawasan Puchong.

"Diesel subsidi yang diberikan kerajaan untuk kegunaan mereka telah disalahgunakan...ini perbuatan yang serius.

"Kita dapati hal ini kerap berlaku khususnya di kawasan-kawasan nelayan. Saya meminta kerjasama orang ramai untuk membuat aduan demi membanteras perbuatan ini," katanya.

Ketiga-tiga lelaki itu, yang berumur dalam lingkungan 40-an, akan didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
- Bernama

SATU MELATU:
Tidak terkira entah berapa juta ringgit wang rakyat yang diguna untuk memberi subsidi minyak disel telah diseleweng oleh pihak yang sepatutnya mendapat rahmat kerana kemurahan hati kerajaan terhadap rakyat.

Kes ini mendedahkan ada persatuan nelayan yang terang-terangan melakukan penyelewengan. Yang pasti, penyelewengan ini bukanlah oleh persatuan secara keseluruhan tetapi oleh pihak yang mentadbir atau menguruskan persatuan berkenaan.

Sebelum tangkapan ini, entah berapa kali kerja haram ini telah terlepas tanpa dapat dikesan.

Puak-puak penjahanam negara ini seharusnya dihukum selain pihak sindikit yang mendapat kekayaan mudah kerana kegiatan haram ini.

Biasanya, pihak sindikit yang membeli minyak subsidi ini dikendalikan oleh kaum yang tergolong sebagai kaum yang kaya dan mempunyai perniagaan besar di negara bertuah ini. Mereka ini dilabelkan sebagai kaum yang rajin dan gigih menjalankan perniagaan. Sebab itu mereka kaya dan hidup mewah. Dan sebab itu jugalah kaum berkenaan mampu menguasai ekonomi negara.

Tapi kalau inilah cara kebanyakan mereka jadi kaya raya dan mampu pula menguasai ekonomi negara, apakah semua ini harus dibiarkan berterusan?

Rakyat Malaysia di bawah kepimpinan DS Najb berharap kegiatan haram kaum berkenaan dicegah secara bersungguh dan berterusan hingga ke tahap dibersihkan sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog