Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 27 April 2011

Mereka bukannya negara contoh terbaik - Nazari

JEPUN, Korea Selatan dan Singapura bukanlah contoh terbaik kepada negara untuk membangunkan ekonomi, para peserta persidangan diingatkan. Ini kerana ketiga-tiga negara itu kerap mengalami krisis ekonomi serta rakyatnya hidup tertekan akibat kos sara hidup yang tinggi.

Peringatan itu diberikan dalam Persidangan Meja Bulat bertajuk 'Jawapan umat Islam kepada era keruntuhan sistem ekonomi kapitalisme' di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Pensyarah Universiti Malaya (UM), Profesor Mohd. Nazari Ismail, Malaysia pernah meniru corak pembangunan Jepun dan Korea Selatan. Bagaimanapun kata beliau, nasib menyebelahi negara, kerana tidak mencapai kemuncak prestasi ekonomi seperti mana kedua-dua negara itu yang kemudiannya terjerumus ke dalam krisis ekonomi.

"Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bukanlah keutamaan sebenar kerana ukuran itu tidak menggambarkan agihan ekonomi yang baik," kata beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ke mana hala tuju dasar pembangunan ekonomi negara'.

Tambahnya, Malaysia perlu mengawal peningkatan hutang isi rumah dan syarikat kerana ia merupakan punca beberapa negara telah muflis disebabkan masalah tersebut.

Tegasnya, walaupun pertumbuhan ekonomi Jepun, Singapura dan Korea Selatan memberang-sangkan dicapai dalam tempoh singkat, rakyatnya tidak menikmati sepenuhnya kelebihan itu.

"Penduduk di negara-negara tersebut merekodkan kes bunuh diri tertinggi iaitu purata 10.3 orang bagi setiap 100,000 penduduk berikutan tekanan hidup seharian," katanya.

Katanya, Malaysia perlu berwaspada terhadap status negara mewah kerana negara yang mempunyai status itu seperti Ireland, Iceland dan Greece telah muflis.

Mohd. Nazari membayangkan Malaysia mungkin menghadapi situasi sosial lebih kritikal akibat kemelesetan ekonomi kerana komposisi kaumnya jelas berbeza, tidak seperti negara lain apabila menghadapi situasi muflis.

Antara panel lain dalam persidangan itu ialah, Ketua Pengarah IKIM; Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dan Pensyarah Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Profesor Dr. Abdul Ghafar Ismail.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Demikian pendapat dan pandangan cerdik pandai anak tempatan yang sudah tentu pendapatnya itu diasaskan kepada kehidupan sebenar masyarakat negara kita dan juga faham bagaimana kepimpinan negara kita mentadbir negara.

Kesimpulannya, yang berkilau itu tidak semestinya intan. Kerana terlalu ghairah mengejar kemajuan dunia yang tidak berteraskan ajaran Islam – terutamanya dari segi laranga perbuatan ‘riba’, serign terjadi yang dianggap intan itu sebenarnya adalah kaca yang tidak seberapa nilainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog