Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 30 April 2011

Kecoh sebelum, selepas sumpah laknat: Angkatan Muda Parti Keadilan cuba halang Datuk T tegakkan keadilan

KEADAAN di dalam dewan solat Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul yang menjadi lokasi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat kecoh berikutan tindakan provokasi segelintir ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebaik sahaja selesai solat Jumaat, kumpulan itu dilihat cuba menggagalkan majlis lafaz sumpah laknat yang dijanjikan oleh Shazryl Eskay semalam berhubung klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Berikutan itu, beberapa anggota polis terpaksa masuk ke dalam masjid untuk menenangkan keadaan.
Pada masa sama, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin mengambil tempat di atas mimbar dan meminta orang ramai untuk bersurai.

Keadaan beransur tenang dan terkawal manakala orang ramai mula dilihat keluar dari dewan solat masjid.

Kira-kira pukul 3.30 petang, kelihatan pintu pagar masjid tersebut ditutup pihak polis dan hanya pintu belakang pagar masjid dibuka.

Tepat pukul 4.10 petang, ketiga-tiga Datuk Trio iaitu Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim tiba di pekarangan masjid dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vios dan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Estima.

Sebaik Shazryl Eskay selesai melafazkan sumpah laknat tepat pukul 4.20 petang, beberapa orang dipercayai ahli AMK sekali lagi menimbulkan provokasi.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya mengawal keadaan dan ketiga-tiga Datuk Trio itu dilihat meninggalkan pekarangan masjid kira-kira 4.30 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika ditemui di masjid berkenaan memberitahu, beliau dihubungi oleh pihak pengurusan masjid berhubung hasrat Shazryl Eskay untuk melafazkan sumpah laknat di masjid berkenaan.

Katanya, pihak pengurusan masjid meminta bantuan pihak polis untuk membuat kawalan keselamatan dan memastikan keadaan di dalam serta pekarangan masjid terkawal.

"Walaupun berlaku sedikit kekecohan namun, kita berjaya meleraikannya dan tiada mana-mana individu ditahan berhubung insiden itu," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Sumpah Laknat yang dilakukan oleh Datuk Eskay mewakili Trio Datuk T adalah salah satu langkah untuk membuktikan bahawa dakwaan mereka benar dan bukannya fitnah. Mereka mahu menegakkan keadilan kerana penafian tanpa asas pelaku terbabit dan kumpulan penyokongnya.

Segalanya berpunca dari isu ini.....
Kalau PKR ditubuhkan untuk menegak dan mencari keadilan, kenapa bila ada pihak yang mahu membukti-
kan sesuatu isu demi keadilan, ianya diganggu dan cuba dihalang?

Peliknya kenapa mereka takut sangat Datuk T melakukan sumpah laknat? Biarkanlah. Urusan itu adalah antara mereka dengan Tuhan. Bukan dengan manusia atau pun pihak berkuasa kerajaan.

Kalau sesuatu kes itu dihadapkan di mahkamah awam, sumpah laknat itu tidak terpakai sebagai bukti dakwaan atau tuduhan.

Benarlah seperti ulas PM yang menyatakan bahawa sumpah laknat itu adalah urusan peribadi mereka yang terbabit. Bukan urusan pemerintah atau urusan Umno.
Lagipun, Datuk Eskay adalah bekas seorang sahabat karib Anwar Ibrahim sendiri. Beliau bukan sahabat DS Najib. 

Hubungan Eskay dengan Anwar sama sepertimana rakan dan sahabat Anwar yang lain seperti Ezam Mohd Noor, Zulkifli Nordin, Zahrain Hashim, Gobalakrishnan dan lain-lain. Kesemua mereka seorang demi seorang meninggal dan mengecam Anwar Ibrahim selaku bekas sahabat kerana sebab-sebab yang hanya mereka sendiri ketahui.

Biarkanlah mereka menegakkan keadilan dan kebenaran. Untuk apa segala tindakan mereka dibantah hinggakan sanggup mencemar kesucian Rumah Allah? Orang mabuk dan orang gila pun tidak pernah buat kacau di masjid.

Maka dengan sendirinya terdedahlah apa yang dikatakan ‘berani kerana benar, takut kerana salah’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog