POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tidak terlibat dalam penyebaran sebahagian rakaman video seks bahagian kedua yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang di dalam laman sosial YouTube hari ini (Rabu).
Sumber menegaskan, pihaknya tidak mempunyai kepentingan dalam isu berkenaan dan justeru tidak munasabah ia dilakukan pasukan tersebut.
"Tidak masuk akal penyebaran (video) itu dilakukan pihak polis kerana pucuk pimpinan sendiri akan dedahkan pelaku seks video itu sekiranya perlu.
"Siasatan rakaman video seks itu melalui beberapa peringkat tetapi dalam pemantauan yang ketat (oleh pucuk pimpinan PDRM)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur pada Rabu.
Bagaimanapun, usaha wartawan Utusan Malaysia mendapat maklum balas daripada pucuk pimpinan PDRM berhubung penyebaran sebahagian rakaman video seks tersebut hari ini gagal.
Sebahagian lagi rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang telah dimuat naik ke laman sosial YouTube dan dipaut ke beberapa laman blog hari ini.
Video yang diberi judul Papa Nurul Izzah Part II itu dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama samaran 'wakparjosudono'.
Rakaman video seks selama 1 minit 47 saat itu dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Seri Carcosa baru-baru ini.
- Utusan
SATU MELAYU:
Kalau bukan pihak polis yang terlibat siarkan video berkenaan, siapa lagi?
Sembang-sembang ‘kedai kopi’ mengesyaki tayangan itu dilakukan oleh atau dengan pengetahuan Trio Datuk T.
Alasan mereka, kalau tidak polis sudah tentu Datuk T. Mungkin yang diserahkan kepada polis itu salinan asal sementara yang berada dalam simpanan Datuk T ialah salinan video berkenaan.
Entahlah..... kalau dengarkan cakap-cakap kedai kopi memang memeningkan. Ada macam-macam pandangan pro dan kontra. Ada yang setuju disiarkan, ada juga yang marah-marah kerana mungkin dia adalah penyokong setia pembangkang.
Apapun, isu video seks yang semakin panas ini menjadi tajuk utama sembang rakyat. Keadaannya memungkinkan timbul persepsi yang pelbagai berdasarkan nawaitu masing-masing.
Di pihak yang menyokong pembangkang ada yang menyarankan supaya trio Datuk T disiasat kerana tuduhan menyebarkan video seks berkenaan melalui youtube.
Belumpun isu perbicaraan kes liwat II selesai di mahkamah, kini telah terhidang pula isu baru yang sama jenisnya tetapi masih berkisar pada kisah salahlaku moral yang sangat tidak dapat diterima rakyat jika si pelakunya seoarng tokoh pemimpin berpengaruh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan