Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 24 April 2011

Sanggup menafi kenyataan sendiri, bukti Pas parti penakut - Mohd. Puad

PAS sudah menjadi sebuah parti yang penakut meskipun untuk menyatakan soal kebenaran mahupun mengenai masa depan mereka sendiri sejak bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ia terbukti apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, terpaksa menafikan kenyataan asal beliau yang parti itu akan mengkaji kedudukan mereka dalam pakatan pembangkang apabila siasatan rakaman video seks selesai, dipercayai akibat tekanan daripada PKR.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beliau percaya akibat sikap penakut dan tidak berpendirian itu, Pas akan menjadi sebuah parti yang sentiasa rugi berbanding parti komponen lain dalam pakatan pembangkang.

“Saya percaya apa yang dikatakan oleh Mustafa semalam (mengenai masa depan Pas) adalah suara hati Pas yang sebenar tetapi, mungkin selepas ditekan oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan golongan yang menyokong Anwar, dia terpaksa pusing balik (nafikan) pada Sabtu.

“Sepatutnya beliau selaku Setiausaha Agung tidak boleh terlalu takut dan teragak-agak untuk menyatakan kebenaran. Lagipun apa yang dikatakan oleh Mustafa itu adalah mengenai Pas, bukan menyentuh soal isu dalaman komponen pembangkang yang lain.

“Namun, selagi mana Pas dalam pakatan pembangkang, selagi itu Pas akan berterusan menjadi parti penakut. Lihatlah bagaimana pendirian mereka dalam isu moral yang dikaitkan dengan Anwar,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengapa Pas terlalu takut untuk bersuara terutama melibatkan soal Anwar, Mohd. Puad berkata, parti itu bertindak demikian kerana bimbang kepentingan politik mereka terhakis.

“Pas terlalu bergantung kepada Anwar untuk mendapatkan undi bukan Melayu, sebab itu tidak pelik jika hari ini pemimpin Pas mengeluarkan kenyataan yang lahir dari hati nurani tetapi esoknya pemimpin yang sama boleh membuat kenyataan berbeza,” jelasnya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Walaupun yang bersuara itu ialah Azmin Ali, tapi yang kedengaran di telinga pemimpin Pas ialah suara Anwar Ibrahim.

Bila dengar saja suara Anwar menengking, maka akan kecut dan melututlah pemimpin puak Pas sambil terketar-ketar bagaikan orang minta nyawa.

Kalau Anwar marah, pendeklah rezeki Pas untuk mendapat bantuan kewangan untuk PRU akan datang. Lagi pun pengaruh Anwar dalam Pas kini semakin mantap. Kebanyakan ahli Pas – walaupun berada dalam parti itu, tapi sokongan dan harapan mereka ialah kepada Anwar. Bukan lagi kepada Hadi, bukan juga untuk Nik Aziz.

Anwar Ibrahim telah menguasai sepenuhnya kepimpinan Pas. Hadi dan Nik Aziz hanya robot yang kuasanya berada di tangan Anwar Ibrahim. Menari kata Anwar, maka menarilah mereka. Diam kata Anwar, maka tidak bergeraklah mereka.

Kuasa duit Anwar Ibarhim telah menggelapkan mata sebahagian besar pemimpin Pas yang turut bercita-cita menjadi menteri di Putrajaya.

Siapa yang berani bersuara menentang Anwar, maka akan terpelantinglah mereka dari barisan kepimpinan Pas nanti. Muktamar dah dekat, suara-suara sumbang dalam Pas yang mengikut telunjuk Anwar semakin lantang dan berkuasa.

Dunia.... dunia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog