Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 29 April 2011

SURUHANJAYA SIASATAN KEMATIAN TBH: Saksi selesai beri keterangan, prosiding bersambung Selasa

PROSIDING suruhanjaya yang dijadualkan bersidang hari ini tiba-tiba ditangguhkan sehingga Selasa depan dengan alasan saksi-saksi yang sepatutnya memberi keterangan sepanjang minggu ini telah selesai memberi keterangan, Rabu.

Penangguhan itu dimaklumkan oleh seorang jurucakap suruhanjaya kepada pihak media yang berkumpul di luar bilik bicara Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk membuat liputan pada pukul 9 pagi ini (Khamis) selain turut dihebahkan melalui Twitter Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa sama.

Ean Yong Hian Wah
Terdahulu, pihak media yang sering hadir membuat liputan mengenai prosiding tersebut berada dalam keadaan tertanya-tanya apabila pintu mahkamah masih berkunci walaupun waktu sudah hampir pukul 9 pagi.

Turut menerima nasib sama ialah peguam M. Manoharan yang dijadualkan memberi keterangan sejak semalam manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang dalam perjalanan ke mahkamah dikatakan berpatah balik selepas dimaklumkan tentang penangguhan itu.

Selain itu adik perempuan Beng Hock, Teoh Lee Lan turut hadir tetapi untuk menemani seorang lagi saksi, Mandy Ooi.

Menyedari pihak media masih lagi berkumpul di luar dewan mahkamah, Pengerusi suruhanjaya terbabit, Tan Sri James Foong Cheng Yuen keluar dari bilik prosiding kira-kira pukul 11 pagi untuk menemui para wartawan bagi menjelaskan perkara sebenar.

Hakim James Foong
Sambil memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku, beliau memberitahu, pada hari ini, peguam-peguam dari Majlis Peguam Malaysia hanya membuat temu bual dengan beberapa pegawai dari sebuah syarikat telekomunikasi melalui panggilan telefon.

Ia adalah bagi memastikan sama ada wajar untuk memanggil mereka memberi keterangan berhubung data khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kandungan SMS daripada telefon bimbit beberapa saksi yang terdiri daripada kalangan kakitangan SPRM.

Selain itu, beliau yang ditemani beberapa lagi ahli panel suruhanjaya memaklumkan, ahli keluarga Beng Hock dan pakar-pakar psikiatri yang melakukan temu bual itu telah dijadualkan untuk memberi keterangan pada minggu hadapan.

Beng Hock, 30, setiausaha politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.
- UtusanOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog