Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 30 April 2011

MCA tolak jawatan Kabinet, Negeri dan lain-lain jika gagal raih sokongan kaum Cina....

Chua Soi Lek menjelaskan kenyataan memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah diputarbelitkan oleh pembangkang di Melaka, semalam.
MCA hari ini membuat keputusan sebulat suara tidak akan menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan jawatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Menurutnya, keputusan sebulat suara itu diputuskan pada Majlis Mesyuarat Presiden yang diadakan hari ini dengan alasan adalah tidak wajar calon MCA memegang sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika masih gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum nanti.

‘‘Keputusan yang diambil hari ini hanyalah (bermakna) kita tidak akan menerima apa-apa jawatan di peringkat Kabinet dan negeri, bagaimanapun MCA masih tetap kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).

‘‘MCA akan terus duduk dan menyokong BN kerana kita masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya dalam program transformasi ekonomi dan negara.

‘‘Kami yakin kewibawaan Perdana Menteri selaku pemimpin masyarakat majmuk untuk mencapai gagasan 1Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kem Percambahan Minda Pemimpin MCA Kebangsaan yang di Philea Resort, Ayer Keroh, Melaka, Jumaat.

Soi Lek berkata, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA untuk menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

‘‘MCA perlu berubah kerana kita kena capai keputusan yang lebih baik daripada pilihan raya umum yang lepas,” ujarnya.

Beliau berkata, pencapaian parti itu pada pilihan PRU-12 dengan 15 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ternyata tidak memuaskan.

Katanya, keputusan pada 2008 itu menjadi ukuran buat MCA untuk memastikan mereka mampu menyumbang kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan peruntukan 40 kerusi Parlimen dan 90 DUN.
- Utusan

SATU MELAYU:
Sedih ada, kesian pun ada ketika membaca kenyataan MCA ini. Sama ada mereka merajuk atau mengeluh kerana perubahan sikap kaum Cina masa kini hanya mereka sahaja yang tahu.

Memang benar sokongan kaum Cina terhadap BN telah beralih arah kepada puak pembangkang. Terbaru, PRN Sarawak membuktikan segalanya.

Inilah kesan ketara hasil kejayaan DAP setelah mereka bergabung dengan parti kaum Melayu - PKR dan PAS.

Hakikatnya mereka lupa bahawa tanpa BN atau Perikatan dulunya, yang mentadbir negara bertuah ini, tidak mungkin kejayaan dan kekayaan yang dikaut kaum berkenaan boleh terjadi.

Begitu juga dengan soal keamanan dan ketenteraman awam yang dianggap sebagai berada dalam keadaan aman dan damai. Kalau negara berada dalam keadaan huru-hara dan bergolak sebagaimana yang terjadi di negara-negara Islam lain di dunia ini, apakah mungkin kaum Cina yang jadi kaya raya di negara ini boleh kekal kekayaannya?

Jika bom meletup di sana sini dan peluru senapang berterbangan di atas kepala, apakah anak-anak kaum Cina itu boleh pergi ke sekolah jenis kebangsaan Cina yang wujud tanpa bantahan peribumi itu?

Mampukah kereta-kereta mewah milik kaum Cina menjalar di jalan-jalan raya kalau negara ini jadi seperti Afghanistan?

Sedar dan ingatlah, jika antara kaum di Malaysia ini terpisah politiknya – khasnya antara Melayu dan Cina, negara ini tidak lagi akan aman. Ketegangan dan kegelisahan gara-gara sikap fanatik perkauman tidak akan dapat dikawal lagi.

Puak chauvanis, komunis dan kuasa asing yang tidak senang dengan ketenteraman Malaysia akan lebih mudah memasukkan jarum hasutan yang menyeru kepada pergeseran antara kaum yang akhirnya akan mencetuskan sengketa kaum yang berpanjangan.

Kalau di Asia Barat dan Afghanistan, sengketa terjadi kerana berbeza mazhab, apakah di Malaysia tidak mungkin kekecauan akan terjadi kerana sengketa antara kaum Melayu dan Cina?

Nanti segala yang terbina selama lebih enam puluh tahun akan musnah dalam sekelip mata.

Tindakan ini diharap akan membuka minda kaum Cina untuk berfikir sejenak. Insaf dan sedarlah bahawa manusia yang hidup di dunia ini tidak akan beroleh semuanya seperti apa yang dihajatkan.

Kalau begitulah tindakan MCA, bagaimana pula dengan MIC?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog