Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 28 April 2011

Jamil Khir Alu-Alukan Sumpah Laknat Untuk Perjelas Kedudukan Sebenar

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyambut baik sekiranya benar pihak terbabit dengan isu video seks yang dikatakan membabitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, ingin bersumpah mubahalah iaitu sumpah laknat.

"Saya tidak tahu mengenai perkara itu, tetapi kalau benar alhamdulillah dan amat dialu-alukan supaya umat Islam dapat penjelasan mengenai kedudukan sebenar.

"Kita juga amat gembira dan bersyukur pada Allah kerana ia mungkin dapat menyelesaikan satu perkara besar yang sekarang membebani fikiran umat Islam," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita berhubung khabar angin kononnya ketua pembangkang itu bersama Datuk Trio yang dikatakan terbabit dalam pendedahan video seks tersebut akan mengangkat sumpah laknat dalam masa terdekat.

Selain mekanisme mahkamah dan siasatan polis, salah satu mekanisme dalam Islam ialah angkat sumpah untuk tujuan pembuktian, kata Jamil Khir.

Laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Rabu turut menyarankan Ketua Pembangkang itu untuk mengangkat sumpah laknat di hadapan rakyat jelata dan para pengikutnya bahawa pendedahan Datuk Trio itu adalah tidak betul.
- Bernama

SATU MELAYU:
Elok sangatlah kalau benar kedua-dua pihak, terutamanya Anwar Ibrahim sendiri mahu melakukan sumpah laknat yang sangat dituntut oleh banyak pihak itu.

Keadaan isu video seks berkenaan telah semakin kalut dan semakin menarik perhatian rakyat kerana kini telah tersebar pulak satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang heboh diperkatakan telah dimuat naik dalam laman Internet.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik pada Rabu di dalam laman 'Youtube' dan laman web blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari.

Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Semoga dengan melakukan mubahalah oleh pihak yang didakwa terbabit dapat meredakan isu yang menjijik dan memalukan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog