Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 12 April 2011

KERANA TONTON VIDEO LUCAH: Arifinto letak jawatan demi maruah diri, maruah parti....

Inilah wajah insan yang insaf atas kesilapannya dan sanggup meletakkan jawatan demi maruah diri dan partinya....

AHLI Parlimen dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Arifinto meletak jawatan hari ini ekoran pendedahan kes beliau menonton video lucah semasa persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Jumaat lalu.

Beliau yang berhadapan kemarahan ramai berikutan kelakuannya itu berkata, tiada sesiapa memaksanya meletak jawatan dan beliau berbuat demikian demi maruah diri serta parti konservatifnya.

"Saya juga akan memperbaiki diri dengan membaca al-Quran, mendapatkan nasihat guru agama, menderma kepada golongan miskin dan berbuat perkara baik bagi mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat," katanya dalam satu sidang akhbar yang disiarkan di televisyen.

Speaker DPR, Pramono Anung berkata, beliau menerima peletakan jawatan Ahli Parlimen tersebut dan menganggapnya sebagai tindakan terbaik untuk semua pihak.

"Saya rasa langkah Arifinto itu baik untuk partinya dan imej DPR. Perkara ini telah mencemar nama DPR.

"Sebaik dilantik sebagai Ahli Parlimen, seorang pemimpin sepatutnya mengawal tingkah laku mereka terutamanya di mata umum," katanya.

Arifinto mencetuskan kontroversi selepas gelagatnya yang leka menonton video lucah semasa sidang DPR dirakam seorang jurugambar berpengalaman dari akhbar Media Indonesia, Mohammad Irfan.

Beliau bagaimanapun menafikan tindakan tersebut dengan menyatakan keadaan itu berlaku secara tidak sengaja kerana pada asalnya hanya mahu membaca e-mel yang dikirim.

Kes tersebut turut mengundang minat ramai apabila seorang pelakon filem lucah, Vicky Vette yang berasal dari Norway semalam mengaku di Twitter bahawa dia ada menghantar foto 'terbaiknya' kepada Arifinto melalui e-mel.
- AFP/Agensi/Utusan

SATU MELAYU:
Bukan macam yang ni.... 
Demikian kisah bermaruah seorang pemimpin Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dari negara jiran, Indonesia. Beliau mengakui kesalahan dan kesilapannya lalu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. Lebih menarik lagi, keinsafannya membuatkan beliau menyedari ketentuan dan kekuasaan Allah SWT lalu  berazam untuk memperbaiki diri dengan membaca al-Quran, mendapatkan nasihat guru agama, menderma kepada golongan miskin dan berbuat perkara baik bagi mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Beginilah sikap dan sifat seorang pemimpin beragama Islam yang beriman.

Bukannya melenting dan berhempas pulas mengajak rakyat membela dirinya dengan menuduh orang lain berniat jahat terhadapnya, sepertimana yang berlaku ke atas seorang pemimpin yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri di Malaysia.

Tak payahlah diulas dengan panjang lebar kerana rakyat negara ini faham dan dapat membezakan antara dua kes yang Allah SWT tunjukkan sebagai pedoman kepada manusia-manusia yang masih beriman kepadaNya.
Fikir-fikirkanlah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog