PENGAKUAN pengendali blog, Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengenai cubaan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan petunjuk jelas tentang siapa sebenarnya 'kepala konspirasi' dalam politik negara.
Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim, berkata di sebalik pendedahan Raja Petra itu, apa yang dapat dilihat ialah siapa sebenarnya yang menabur fitnah dan mewujudkan konspirasi mengaitkan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
"Raja Petra telah dedahkan beberapa nama dan individu yang berkait secara langsung dengan seorang pemimpin pembangkang yang dikatakan perancang segala konspirasi ini dengan niat tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri," katanya kepada Bernama di sini Khamis.
Dalam siaran berita TV3 Rabu malam, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006 adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri.
Raja Petra berkata beliau sendiri tidak pernah menuduh Najib atau Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu dari parti pembangkang itu yang dikatakannya mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Anwar.
Anuar berkata pengakuan Raja Petra itu amat mengejutkan dan beliau percaya pemimpin pembangkang itu tidak akan berani memfailkan saman terhadap Raja Petra.
- Bernama

SATU MELAYU:
Raja Petra telah dedahkan siapa ‘Raja Konspirasi’ yang mengajak rakyat menghuru-harakan negara dengan pelbagai fitnah dan pembohongan bagi menyekat Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Pak Lah.
Kalau dulu ramai yang memuji dan memuja tulisan RPK kerana tulisan-tulisan yang pro pembangkang dan menghentam hebat kerajaan BN dan Ds Najib, apakah kini setelah RPK dedahkan rahsia jahat konspirasi Anwar, maka RPK tidak dipercayaai lagi?
Kalaulah apa yang didedahkan RPK itu dianggap satu lagi fitnah atau konspirasi terhadap Anwar, maka silakanlah saman si RPK itu dengan nilai ratusan juta. Apa susah! Ramai peguam-peguam ternama negara ini berada dalam genggaman Anwar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan