Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 11 April 2011

Tonton video lucah: Wakil Rakyat Indonesia – Arifinto, disiasat.... Di Malaysia pun apa kurangnya....

MASA depan Arifinto sebagai wakil rakyat dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang menonton video lucah semasa persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Jumaat lalu kini seperti telur di hujung tanduk.

Wakil rakyat berkenaan akan disiasat oleh pihak-pihak berwajib dan andai kata beliau didapati bersalah tindakan yang sewajarnya akan dikenakan terhadapnya.

Sekurang-kurangnya empat badan akan menyiasat Arifinto iaitu Badan Kehormatan DPR, Dewan Syariah PKS, Kementerian Penerangan dan Informasi serta polis Indonesia.

Sebaik Badan Kehormatan DPR menyiasat tindakan Arifinto itu, Dewan Syariah PKS juga akan melakukan hal yang sama.

"Pihak yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil untuk siasatan menyeluruh pada Isnin ini (hari ini)," kata Setiausaha Jawatankuasa PKS, Abdul Hakim seperti dilaporkan media tempatan.

Pada masa sama, Kementerian Penerangan dan Informasi juga akan menyiasat kes Arifinto.

"Kami akan menyiasat kes ini kerana pengakuannya menyebut ada kaitan dengan kiriman e-mel.

"Andai benar dia (Arifinto) melayari laman porno bererti dia salah," kata Menteri Penerangan dan Informasi, Tifatul Sembiring.

Kepimpinan PKS yang kesal dengan tindakan wakil rakyat parti itu meminta maaf kepada masyarakat ekoran tindakan Arifinto menonton video lucah menerusi komputer tablet peribadinya semasa persidangan berlangsung.

Sementara itu, polis Indonesia menegaskan tidak akan berdiam diri dalam menangani isu wakil rakyat yang tidak bermoral.

"Kami akan mengadakan siasatan terhadap alat bukti dan saksi yang terlibat dalam kes ini," kata Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Indonesia, Boy Rafli Amar.

Arifinto pada Jumaat lalu terperangkap dengan lensa jurugambar akhbar Media Indonesia, Mohammad Irfan yang dilaporkan leka menonton video porno ketika persidangan parlimen berlangsung.

Tindakan Afifinto itu mendapat kritikan dan kecaman daripada seluruh anggota masyarakat Indonesia.

Sementara itu, orang yang paling gembira apabila mengetahui berita wakil rakyat Arifinto menonton video lucah mendapat liputan meluas di media Indonesia ialah pelakon filem lucah, Vicky Vette.

Bintang porno yang berasal dari Norway itu mengulas kegembiraannya kerana video lucah lakonannya ditonton oleh seorang ahli politik semasa persidangan parlimen berlangsung.

"Saya terlalu gembira kerana Arifinto menerima kiriman e-mel saya. Saya ada mengirimnya foto-foto terbaik saya," katanya dalam laman sosial Twitter peribadinya.

Sebelum ini, Vette juga pernah mengulas kenyataan Menteri Penerangan dan Informasi Indonesia, Tifatul Sembiring awal tahun ini mengenai peraturan menyekat kandungan pornografi di Internet.

Selain itu, pelbagai komen yang sebahagiannya bersifat kritikan serta humor disebarkan di laman-laman sosial sejak insiden Arifinto menjadi perhatian umum.

Akaun Facebook Arifinto misalnya dilawati oleh beratus pengunjung termasuk mereka yang menulis komen sindiran seperti meminta wakil rakyat itu mengirim kiriman video itu kepada mereka menerusi e-mel.
- Utusan
SATU MELAYU:
Aduhaiiii! Apa nak jadi dengan dunia ni. Dua negara berjiran – Indonesia/Malaysia, mengalami berita buruk memalukan mengenai wakil rakyatnya.

 Di Indonesia, wakil rakyatnya yang bernama Arifinto terjebak apabila terbabit dengan kegiatan menonton video lucah semasa sidang dewan. Pendedahannya jadi isu panas yang memungkinkan wakil rakyat berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib.

Sementara di Malaysia pula, heboh dengan berita mengenai seorang ahli Parlimennya dikatakan terlibat dalam video seks yang didedahkan oleh youtube.

Bagaimanapun, wakil rakyat Indonesia itu mengaku kesalahannya dan memohon maaf. Tapi yang di Malaysia tetap berkeras menafikannya.

Mana lebih hebat? Wakil rakyat Indonesia atau Malaysia?

Tak tahulah apa yang Allah SWT cuba tonjolkan dari dua peristiwa memalukan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog