Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 13 April 2011

Memikirkan petunjuk Allah melalui kes Arifinto di Indonesia. Hanya Nik Aziz yang sedar?

Memohon petunjuk Allah SWT melalui Solat Hajat Perdana?
ANWAR Ibrahim yang selalu memuji akauntabiliti budaya politik Indonesia, patut merasa malu dengan sikap bertanggungjawab wakil rakyat dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Arifinto, yang meletakkan jawatan hanya kerana aksinya sedang menonton video seks didedahkan media.

Namun berbeza dengan Arifinto, Anwar yang dikaitkan dengan masalah moral lebih kronik iaitu didakwa melakukan hubungan seks bukan sahaja enggan melepas jawatan sebaliknya, menuduh pihak tidak berkaitan sebagai dalang dalam pembikinan rakaman video seks seorang pemimpin kanan pembangkang.

Demikianlah senario berbeza antara Anwar Ibrahim di Malaysia dan Arifinto di Indonesia. Dua peristiwa songsang ini terjadi ke atas manusia rumpun Melayu dan kedua-duanya beragama Islam.

Memikirkan ketentuan Allah SWT dalam kedua-dua kes ini, SM terfikir apakah kegiatan songsang di Indonesia itu sebagai petunjuk dari Allah SWT kepada rakyat Malaysia? Dan ianya ditujukan kepada meraka yang telah mengadakan ‘solat hajat’ memohon ditunjukkan kebenaran terhadap ‘malang berganda’ yang menimpa Anwar Ibrahim?

Pelbagai soalan boleh timbul difikiran kita. Apakah kerana Anwar Ibrahim selama ini selalu memuja dan memuji sistem serta budaya politik di Indonesia sehinggakan sanggup memburuk-buruk negara sendiri, maka Allah SWT memilih wakil rakyat negara itu untuk dijadikan contoh teladan dari segi bagaimana seorang ahli politik mempertahankan maruah diri dan maruah partinya kerana kesongsangan sendiri?

Hakikatnya, sudah tentu ramai antara kita yang kagum dengan keberanian Arifinto yang sanggup melepaskan jawatan apabila aksi beliau sedang menonton video seks didedahkan tetapi, di negara kita, individu yang dikaitkan sebagai pelakon dalam rakaman video seks bukan sahaja enggan melepaskan jawatan, malah menyalahkan pihak lain.

Lebih menarik lagi untuk difikirkan, kenapa Anwar Ibrahim tidak berani menyaman trio Datuk T yang bertanggungjawab mendedahkan video seks berkenaan kepada sekumpulan wartawan? Sedangkan, kita tahu Anwar merupakan pemimpin politik paling gemar menyaman sesiapa sahaja yang tidak sebulu dengannya bagi tujuan menutup sesuatu pendedahan berterusan.

Tambah beliau, adalah cukup pelik apabila Anwar yang mempunyai barisan peguam bela tersohor tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap 'Datuk T' sehingga kini, kecuali beliau memang berhasrat menyembunyikan kebenaran di sebalik video seks itu daripada diketahui rakyat.

Anwar Ibrahim bolehlah diibaratkan sebagai seorang yang sudah melewati waktu asar dan menghampiri waktu maghrib. Tapi malangnya, beliau masih terpalit dengan pelbagai salah laku moral akibat kerakusan nafsu dan mula terdedah dipenghujung hayat.

Maka terlintas difikiran kita, apakah semua ini sebagai petanda dan petunjuk daripada Yang Maha Esa untuk rakyat negara Malaysia yang sedang bersengketa dan berselisih pendapat mengenai seorang insan durjana yang memporak-perandakan bangsa, agama dan negaranya kerana kuasa.

Sayangnya Anwar Ibrahim sudah terlambat. Dia tidak mampu lagi berpatah balik. Keadaannya sama seperti masa yang berdetik pada jam tangan Omega yang ada ditangan pihak polis, yang mana sedang menanti saat ditentukan kebenarannya.

Justeru, mari sama-sama kita fikirkan apakah semua itu terjadi kerana Allah SWT mahu menunjukkan kebenaran yang sangat dituntut oleh puak politik songsang di negara ini? Sedangkan petunjuk dan petanda dari Yang Maha Berkuasa telah didedahkan?

Mungkinkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat menyedari dan mengetahu petunjuk-petunjuk itu, justeru baru-baru ini beliau sanggup menghadhiri majlis bersama DS Najib di Pekan, Pahang dengan memakai kot berlambangkan 1Malaysia. Malah beliau juga digambarkan mengangkat telunjuk menandakan persetujuannya pada slogan berkenaan.
Wallahhualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog