ORANG ramai perlu berhenti mendesak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan jam tangan Omega kerana bahan bukti itu kini berada dalam simpanan polis.
Wan Azizah mungkin benar. Dia memang ada simpan jam tangan Omega milik Anwar. Tapi yang jadi isu bukannya jam tangan dalam simpanan di rumah, sebaliknya ialah jam tangan Omega yang Anwar pakai pada hari kejadian, sebagaimana didakwa oleh Datuk Eskay.
Kini, jam tangan Omega berkenaan berada ditangan pihak berkuasa polis kerana telah disaerahkan oleh Datuk Eskay berserta video seks yang menjadi isu hangat masa kini.
Oleh itu janganlah marahkan Wan Azizah. Kesian dia. Dia tak tahu apa-apa. Mungkin benar ada dalam simpanan di rumah mereka puluhan jam tangan pelbagai jenama, termasuk beberapa buah jenis Omega.
Maklumlah, Anwar Ibrahim pernah jadi TPM dan selepas dipecat oleh Tun Dr. Mahathir, beliau berusaha untuk jadi Perdana Menteri Malaysia. Maka sudah tentu ramai orang tertentu yang hadiahkan dia dengan pelbagai jam tangan berjenama. Tak tahulah berapa banyak jam tangan berada dalam simpanan beliau.
Oleh itu, apabila dia kata jam tangan Omega miliknya ada dalam simpanan Wan Azizah adalah benar. Dia bukan tipu, tapi hanya pusing cakap jerrrr.... Biasalah.... Anwar Ibrahim!
Jam tangan Omega yang dalam simpanan memang ada dan mungkin ada banyak, tetapi yang menjadi topik dalam isu ini ialah jam tangan yang beliau pakai pada hari kejadian dan kini berada dalam simpanan pihak polis sebagai barang bukti.
Itu ajerrrr.... Tak payahlah rakyat dan penyokong Anwar bersusah payah mempertikai atau mempertahankan persoalan ada atau tidaknya jam tangan Omega berkenaan.
Omega simpanan Aziza tak sama dgn yang jadi bukti |
Sebagaimana komen Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, “Pihak polis bukan bodoh. Mana mungkin mereka mahu meminta Anwar atau Wan Azizah menyerahkan jam tangan Omega yang sudah ada dalam simpanan mereka sebagai bahan bukti?”
Jam tangan Omega itu menjadi bukti penting dalam menafikan pembabitan Anwar dalam rakaman video aksi seks selepas trio Datuk T mendakwa mereka telah menyerahkan jam tangan itu kepada pihak polis.
Tutup sahaja isu jam tangan Omega yang ada dalam simpanan Wan Azizah itu. Kerana yang jadi bukti telah berada ditangan pihak polis sementara yang ada pada Wan Azizah jam tangan jenis Omega yang lain.
Begitulah kira-kiranya....
- SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan