TINDAKAN Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan majlis apabila ditanya mengenai video seks, jam tangan Omega dan isu liwat oleh seorang tuai rumah panjang menjadi bukti beliau bukanlah pejuang rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya mengambil peluang membuat penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan oleh rakyat akar umbi.
"Itu menunjukkan penduduk di rumah panjang pun mengetahui sikap dan latar belakang Anwar yang sebenar.
"Kalau dia benar-benar pemimpin dan pejuang rakyat, dia sepatutnya memberi penjelasan, apa yang rakyat tanya dia jawablah, kenapa dia rasa susah nak jawab sehingga dia cari jalan mudah meninggalkan majlis," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Sungai Apong, Kuching pada Khamis.
Menurut seorang saksi, Anwar menghentikan ceramahnya apabila ditanya Tuai Rumah Edison Bugap di Melekun, Kapit, mengenai video seks, jam tangan Omega dan kes liwat membabitkannya selain menegaskan penduduk rumah panjang ingin mendengar daripada mulut Anwar sendiri mengenainya.
Anwar yang kurang senang dengan pertanyaan itu enggan menjawab dan memberitahu kira-kira 120 orang yang berada pada majlis itu supaya memikirkan soal lain seperti isu pembalakan dan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sebelum menamatkan ceramah dan meninggalkan majlis tanpa meminta diri terlebih dahulu.
Sementara itu, Muhyiddin berkata jumlah kehadiran yang ramai pada ceramah Anwar di beberapa lokasi sebelum ini tidak semestinya menjadi indikator tepat mengenai sokongan rakyat.
Katanya, perkara itu mungkin berlaku kerana rakyat lebih tertarik untuk mendegar isu sensasi politik berbanding ucapan seorang Timbalan Perdana Menteri yang bercakap mengenai perkara nyata seperti pembangunan.
"Mula-mula memang begitu (ramai), tapi lama-kelamaan orang yang dengar sekali sudah jemu.
"Sebab itu dalam masa beberapa hari ini mereka tak dapat kumpulkan orang seramai peringkat awal (kempen)," tegasnya.
- Utusan
SATU MELAYU:
Sekarang baru orang Sarawak tahu bahawa Anwar Ibrahim itu seorang yang berlagak mahu jadi pemimpin tapi tidak mahu bertanggungjawab.
Rakyat di Semenanjung telah faham siapa Anwar. Dia hanya mahu didewa-dewakan sebagai pemimpin dan kata-katanya penuh dengan pembohongan serta kelentong.
Aksi 'Putar Alam Shah' |
Apa yang Anwar boleh lakukan apabila menghadapi masalah kalau sekadar melenting dan menyalahkan orang lain dengan alasan konspirasi? Dia hanya tahu mengatakan ada konspirasi terhadap dirinya sahaja, sedangkan konspirasi yang dia sendiri rancang untuk jatuhkan pemimpin negara yang baik telah terdedah sebagaimana yang diluahkan oleh penulis upahannya – Raja Petra Kamaruddin beberapa hari lalu.
Syukur ke hadhrat Allah SWT kerana pertanyaan oleh tuan rumah panjang itu menyerlahkan siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.
‘Berani kerana benar, takut kerana bersalah’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan