UMNO Kelantan hari ini – Sabtu, membidas kerajaan negeri itu kerana menutup pintu rundingan dengan 415 peniaga Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) dan Arked UDA.
Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan negeri pimpinan Pas itu tidak bertimbang rasa kerana enggan memberipeluang kepada peniaga berunding dengan mereka bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
“Kita kesal pintu rundingan ini dikatakan sudah tertutup. Ini soal janji yang mereka buat (semasa pilihan raya umum lepas) dan saya mohon kerajaan negeri menangguhkan perpindahan peniaga ini sehingga ada jalan penyelesaian,” katanya di Kota Baharu.
Pasar Lama MPKB.... |
Mustapa berkata peniaga berkenaan membantah kerana premis baru di Bazar Tok Guru lebih sempit selain dikenakan bayaran yang mahal, tidak seperti yang dijanjikan Pas pada pilihan raya umum lepas.
Mengulas tawaran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya peniaga terbabit berniaga di Terminal Makanan Negara (Teman) di Tunjong di sini, Mustapa berkata perkara itu terserah kepada peniaga terbabit.
“Ini bukan soal tawaran tetapi ini soal janji kerajaan Pas Kelantan kepada peniaga itu yang menjadi perhatian,” katanya.
- MediaUMNO
SATU MELAYU:
Kerajaan pimpinan Pas Kelantan sangat kuarng buat projek pembangunan untuk rakyat. Bagaimanapun, sejak bersekongkol dengan DAP dan PKR, Pas Kelantan cuba membangunkan beberapa projek. Antaranya ialah Bazar Tok Guru.
Malangnya, projek yang cuba dilakukan itu gagal dan mengalami kerugian. Bila dah rugi, tak tahu nak buat apa lagi selain jual unit dan ruang niaga dengan harga mahal walaupun terpaksa melanggar janji yang dibuat sebelumnya.
Kerana politik, rasa malu sebab rugi membuatkan Pas Kelantan berlagak ‘keras kepala’ dan tidak mahu lagi berunding dengan para peniaga yang gelisah kerana terpaksa berpindah ke tempat yang lebih kecil, sempit tetapi harganya berlipat ganda dari apa yang dijanjikan Tok Guru.
Apakah semua ini membuktikan bahawa para pemimpin Pas tak tahu buat kerja dan main hentam kromo kerana tidak ada ilmu dan penmgalaman mentadbir.
Inikah hasil kepimpinan Pas di Kelantan setelah diberikan amanah mentadbir negeri lebih dari 20 tahun? Kalau nak pimpin sebuah negeri pun tak mampu, ada hati pulak nak memimpin negara melalui PRU-13.
Sedarlah diri dan nilailah kemampuan para pemimpin Pas yang ada.... Kalau dah kelentong Anwar Ibrahim yang terang-terang bohong pun mereka boleh terpengaruh, macam mana nak diharapkan menjaga kepentingan negara?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan