Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 10 April 2011

Anwar ibarat 'cacing kepanasan', “Saya kesian melihatnya.” – TS Muhyiddin

TPM, Muhyiddin bertemu rakyat do Sarawak....
TAN Sri Muhyiddin Yassin mengibaratkan Datuk Seri Anwar Ibrahim macam 'cacing kepanasan' yang tidak senang duduk, menghilangkan diri di Kuala Lumpur tetapi berlegar-legar di bumi Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, hampir setiap hari Penasihat PKR itu mahu seluruh dunia tahu dia mahu menjadi Perdana Menteri , tetapi pada saban hari juga dirinya dilihat dalam keadaan tidak terurus.

"Sebagai manusia, saya kesian melihatnya, setiap hari orang tinggalkan 'parti kian runtuh' atau PKR ini.

"Lama-kelamaan nanti dia terkontang-kanting dan yang hanya tinggal nanti ialah dia, isterinya (Wan Azizah) dan anaknya, Nurul Izzah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan 12 pusat prasekolah Sedidik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di Rumah Panjang Sait, Jalan Bintulu-Tatau, pagi Sabtu.

Pas pula, kata Muhyiddin, tidak ada tempat langsung untuk parti itu bertapak di Sarawak.

"Ia bukan kerana Pas parti Semenanjung tetapi disebabkan parti itu tidak berupaya. Cuba anda nilai apa yang telah parti itu buat selama 20 tahun perintah Kelantan," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin mengingatkan jentera pilihan raya BN supaya terus bekerja keras untuk menangani siri pembohongan dan fitnah yang akan diperhebatkan pembangkang menjelang saat-saat akhir pengundian 16 April ini.

Menurut beliau, pembangkang dipercayai akan memutarbelitkan cerita-cerita yang benar dan apa yang tidak benar, akan dijadikan betul.

"Saya mahu ingatkan bahawa politik tidak lagi sama seperti dulu, jangan ambil mudah.

"Ramai orang Sarawak dalam hati kecil mereka kata BN akan mendapat mandat baru tetapi apa yang kita mahu bukan sahaja mandat tetapi sokongan yang padu," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Lihat...! Perut Abang Nuar tak buncit punnn....
Memanglah masa berkempen untuk PRN Sarawak ini diguna sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim untuk lari seketika daripada Semenanjung. Kehijauan alam dan kesegaran udara di Bumi Kenyalang memungkinkan Anwar berasa lega seketika daripada memikirkan soal perbicaraan kes liwat II dan isu video seks yang dikaitkan dengan dirinya.

Pada masa sama, kempen yang membawa Anwar merayau ke seluruh bumi Sarawak  itu membolehkan tubuh badannya ‘kurus sedikit’ dan berkemungkinan besar ‘perutnya akan kempis’. Buat masa ini beliau sangat perlu ‘mengempiskan’ perut dan InsyaAllah, sekembalinya ke Semenanjung nanti beliau akan mengadakan sidang media khas untuk menayangkan kekempisan perutnya untuk tatapan umum.

Apapun, PRN Sarawak yang akan diadakan 16 April nanti membolehkan Anwar berehat seketika daripada lakonan drama bersirinya bertajuk ‘Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah’ yang masih perlu dipentaskan itu.
Wallahhualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog